Usia Blog Cikgu Zaman

Daisypath Anniversary tickers

Khamis, Julai 21, 2011

SK PK Princess Elizabeth


Pada 7hb Mei, 2011 kami (sebab ramai, 3 bas semuanya) mengadakan Khidmat Masyarakat di SK PK Princess Elizabert, Johor Bahru. SK PK ialah Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas. Sekolah ini khas untuk murid-murid yang kurang penglihatan.

Char Koay Teow

Kalau pergi Pulau Pinang, jangan lupa cari Char Koay Teow. Makanan ini terkenal di Pulau Pinang. Setelah memakannya, rasanya sama sahaja kecuali versi ini digoreng 'basah' dan tidak sampai 'kering'.



Rasanya semua tahu macamana hendak mengorengnya. Goreng macam mee kuning juga. Hendak sedap masukkan ramuan yang banyak seperti kerang dan udang.

Kalau goreng basah, jadilah dia Char Koay Teow. Kalau banyak kerang, jadilah dia Keoy Teow Kerang. Kalau goreng kosong, jadi apa? Sudah tentu jadi Koay Teow Goreng. Sebenarnya Koay Teow ini banyak versi dan nama. Ikut citarasa si pemasak.


Rabu, Julai 20, 2011

Laksa Mee

Laksa Mee atau Mee Laksa, entah mana satu istilah yang betul. Sudah lama tidak memakannya kira-kira 18 tahun. Kenapa aku kata begitu. Aku kenal Laksa Mee ketika mula bertugas di Pulau Pangkor. Harga dia masa itu 50 sen sepinggan. Bila bertukar ke Negeri Johor, segala-galanya menjadi nostagia.

Aku mencari resepinya dekat intenet. Rupanya ada. Klik di SINI. Popular juga rupanya. Ingat sekadar makanan dekat kampung-kampung sahaja.


Pasembor

Orang pergi Penang bukan cari Laksa Penang. Laksa Penang boleh di cari merata negeri. Semua kata Laksa Penang. Entah ya atau tidak.

Masa kursus dekat RECSAM, Penang dalam tahun 1998 makanan yang pertama sekali yang di cari ialah Pasembor. Laksa Penang tidak pula di cari. Orang kata Pasembor Padang Kota yang sedap sekali. Kalau tengok cucur udang dia sebesar pinggan. Tempat lain mana ada.

Tahun 2010, lagi sekali pergi Penang. Hanya cari Pasembor kat Bagan (Butterworth) rasanya tidak sesedap masa kursus dulu.

Hari ini cuba cari resepinya. Sudah jumpa di SINI.


Selasa, Julai 19, 2011

Resepi

Berikut adalah senarai resepi yang telah dikumpulkan:








Laksa Sarawak

Yang ini cerita berkenaan Laksa Sarawak, tapi aku sudah lupa rupa Laksa Sarawak yang aku makan masa pergi Kuching, Sarawak dalam tahun 2007. Gambar dan resepinya aku jumpa di SINI.


Laksa Johor

Tiba-tiba teringat Laksa Johor. Bila sudah duduk dekat Johor, Laksa Johor sudah jadi kegemaran. Cari punya cari, jumpalah resepi nya kat SINI.


Khamis, Julai 07, 2011

Aduhai KFC


Macam-macam cerita tentang KFC. Tempat aku juga ada KFC dan aku pernah makan di situ. Tiada komen dari aku.


Itulah Malaysia. Perasaan dengki antara satu sama lain masih menebal. Macam-macam cara untuk menjatuhkan antara satu sama lain.

Jangan lupa untuk klik Ayamas Food Corporation, milik KFC Holdings (Malaysia) Bhd, juga ditempat aku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails