Usia Blog Cikgu Zaman

Daisypath Anniversary tickers

Ahad, Ogos 30, 2009

Pasir Salak, Perak

Pada 4.6.2005 aku dan keluarga telah melawat Kompleks Sejarah Pasir Salak. Aku, tiada dlm gambar kerana pegang kamera.

Untuk memudahkan aktiviti melawat eloklah dibeli Buku Panduan Pelawat.

Tugu Peringatan Pahlawan Perak dibina pada tahun 1990 sempena perasmian pembinaan kompleks ini.
Tugu Peringatan JWW Birch dibina oleh Kerajaan British dalam tahun 1900 untuk memperingati peristiwa pembunuhan JWW Birch.

Tapak JWW Birch dibunuh pada 2.11.1875


Jumaat, Ogos 28, 2009

Semasa Bersekolah

SMK King Edward VII, Taiping, Perak.

6 Atas Sastera 1 (1983)

6 Bawah Sastera 1 (1982)

SMK Raja Ali, Kuala Lumpur.

5 Sains 2 (1981)

4 Sains 1 (1980)

Anda ada sama? E-mail kepada aku.
sms/mms: 019 - 765 3214

Sekarang aku dah jadi cikgu, sesuatu yang aku tidak mimpi dahulu.

Khamis, Ogos 27, 2009

Sejarah Sekolah

Aku antara guru2 yg mula bertugas di SMK Bandar Tenggara 2. Sebagai guru yang mula2 bertugas kat sini, sikit sebanyak aku tau tentang sejarah sekolah.

SMK Bandar Tengara 2 mula dibina pada 19 Jun 2000. Kontraktor terlibat ialah ANJARIA PROPERTIES SDN BHD dan Syarikat Perunding ialah URUSBUDI CONSULT SDN BHD (Syarikat yang dilantik oleh kerajaan) Sekolah ini mula diserahkan kepada pihak kerajaan pada 23 Oktober 2002, Pada ketika itu penyelaras sekolah ialah En Juhari bin Ahmad dari SMK Bandar Tenggara, di mana beliau telah dilantik oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kulai. Segala urusan penerimaan bekalan dan perabot sekolah diuruskan oleh beliau. Penyerahan sekolah ini telah dibuat dalam satu majlis ringkas di antara ANJARIA PROPERTIES SDN BHD dan URUSBUDI CONSULT SDN BHD kepada wakil dari JPNJ, PPD Kulai dan wakil SMK Bandar Tenggara 2 ini.


Pada 16 November 2002 seramai 14 orang guru dari SMK Bandar Tenggara, Kulai telah di arah bertukar ke sekolah ini. Seramai 2 orang guru dari SMK Sultan Alauddin, Kulai serta 6 orang guru dari sekolah luar dari Bandar Tenggara telah mohon bertukar keluar dari sekolah masing-masing dan memohon bertukar masuk ke sekolah ini. Pentadbir sekolah ketika itu ialah :-

GPK : En. Abd Rahim Bin Ahmad
GPK HEM : En. Juhari Bin Ahmad
GPK KOKURIKULUM: En Kamalullail Bin Toha
GURU KAUNSELING : En Alihan Bin A. Rahman



Selasa, Ogos 25, 2009

Kuching, Sarawak

Pada 2.6.2007 - 9.6.2007 aku dan keluarga telah pergi ke Kuching, Sarawak.Bukan untuk pergi makan angin. Pergi untuk memberi sokongan kpd anak aku kerana menyertai Kejohanan Catur MSSM peringkat Kebangsaan. Pada waktu tu beliau mewakili Johor dalam kategori Perempuan bawah 12 Tahun.

Terima kasih kepada LO Johor, Cikgu Norita kerana mengiringi kotinjen Johor ketika di sana. Jasa baik anda tetap dikenang jua. Sayangnya anda tidak bergambar bersama kami.

Jumaat, Ogos 21, 2009

Inilah Aku



Inilah aku... Seorang guru yang mula bertugas pada 3.1.1987 di SMK Pangkor, Perak. Bertugas sehingga 30.11.1993.

Bertukar ke Johor... di SMK Bandar Tenggara pada 1.12.1993. Masa tu sistem persekolahan bermula pada bulan 12.

Bertukar ke sekolah sekarang, SMK Bandar Tenggara 2 pada 16.12.2002... Untuk menerima kemasukkan murid baru pada 6.1.2003.

Aku antara guru yang mula2 bertugas di sekolah ini. Masa tu belum ada pengetua. Guru Penolong Kanan terpaksa menanggung kerja...

Aku tolong dia, buat jadual waktu, sekolah nak buka, semua mesti beres...

Lepas GPK tu bertugas di tempat lain, aku dh tak buat jadual waktu...

Aku juga terpaksa jadi SU Peperiksaan, lama juga... sehingga 2006

Aku juga terpaksa jadi Guru Data... sehingga 2005

Apabila aku menerima 40 komputer murid + 2 komputer guru, aku terpaksa menjadi Penyelaras Makmal Komputer, kerna tiada Guru IT. Apabila dh ada Guru IT, aku masih sangkut lg sbg Penolong Penyelaras. Sekolah ini ada 2 Makmal Komputer + 1 bilik server.

Guru Tingkatan sudah semestinya

Sekarang dh lega... ramai guru2 muda dh masuk... guru2 lama boleh relax sikit.


GURU DAN AKAN TERUS MENJADI GURU

012 - 713 9341

Khamis, Ogos 20, 2009

Kereta Proton Sagaku

ABH 9341, Proton Saga 1.3S keluaran tahun 1986 merupakan kereta pertamaku. Hingga kini masih digunakan. Dah 23 tahun usianya. Masih ori tau... Ori maksudku takda ubahsuai... Tukar itu ini masa servis adalah...
Hendak jual...
Ohh tidak... banyak kenangan bersamanya.


JLJ 9341, Proton Saga 1.3 Automatik keluaran 2008 kereta terbaruku.
kenapa tak ambil Exora...
masa tu belum keluar lagi...

Proton Saga kereta rakyat, sesuai untuk semua lapisan rakyat.
Harganya... Bolehlah...

Kawan Lama

Selasa, 18 Ogos, 2009.

Berbahagia rasanya dapat berhubung kembali dengan kawan lama. Kawan lama kat Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, opsyen Matematik/Sains 1984/1986.
Dah anak Lima rupanya, sedangkan aku anak hanya Empat.
Macamana boleh berhubung...
Cari dalam internet, jumpa blog dia dan anak dia, aku e-mailkan, tunggu balasan dan dapat.
Fikir punya fikir, aku kena ada blog sendiri, manalah tau ada kawan lain sedang mencari, boleh mereka jumpa di alam siber ni...

Aku cuba cipta blog ni, sekadar untuk kenanganku...
mencari kawan lama...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails