Usia Blog Cikgu Zaman

Daisypath Anniversary tickers

Selasa, Mac 30, 2010

Ayamas Food Corporation

Tunku Ismail Sultan Ibrahim merasmikan Kilang Ayamas Food Corporation sambil diperhatikan oleh Muhammad Ali Hashim (dua dari kiri) pada majlis perasmian kilang tersebut di Bandar Tenggara, Johor, semalam.
Kilang Ayamas Food Corporation Sdn. Bhd., di Bandar Tenggara, Johor yang beroperasi sejak akhir 2008 telah dirasmikan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam.
Kilang yang mampu memproses 45,000 ekor ayam sehari dengan kos pembinaan berjumlah RM32 juta itu merupakan kilang ketiga milik KFCHoldings (Malaysia) Bhd. (KFCH) selepas Pelabuhan Klang, Selangor dan Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Ia merupakan kilang termoden di rantau Asia Pasifik kerana cara penyembelihannya menggunakan kelongsong kon dalam menjamin kualiti dan status halal. Turut hadir pada majlis perasmian kilang itu ialah Pengerusi KFC Holding Malaysia, Tan Sri Muhammad Ali Hashim serta Pengarah Urusan KFCH, Jamaludin Md. Ali.
Sumber : Utusan Malaysia Online 30.3.2010

Khamis, Mac 25, 2010

Yanie Mentor Meninggal Dunia

Aku bukan arif dengan dunia hiburan. Umur sebegini bukan lagi masa untuk berhibur. Bila mana terlalu banyak berita kematian Yanie, ianya menarik perhatianku. Sama-sama kita sedekahkah Al-Fatihah kepada Allahyarham. Semoga ditempatkan di kalangan insan yang beriman dan diredhai Allah. Al-Fatihah.

Berikut blog yang aku baca berkaitan berita kematian Yanie :

MazidulAkmal

Best1of4

SyahrilKadir

Dalam blog yang aku baca ada link ke blog Yanie, walaupun kita dah terlambat tapi itulah benda yang 'hidup' peninggalan arwah.

Yanie

Rabu, Mac 10, 2010

Catatan Kawan Lama

Sungguh tak disangka dapat bertemu kembali dengan kawan-kawan lama. Bukan bertemu muka, bukan bertemu diblog ni, tapi bertemu di FACEBOOK. Amran Chik buka Group MPTI,JB BATCH 84-86 kat facebook.
Masing-masing upload gambar masa kat MPTI. Kenangan 24 tahun lalu menjelma kembali. Masing-masing dengan catatan tersendiri.
Siapa kata guru-guru lama tak mahir dengan komputer. Kami sentiasa mengikuti pengedaran zaman.
Mengikut catatan mereka, ada yang dah pergi Haji, ada yang jadi Pensyarah, ada kat JPN, PPD, ada yang jadi PK1, dan ada yang kat ASTRO,...
Aku... masih guru biasa, tak nak tukar lagi, aku ada cerita tersendiri, ‘Sekolah dibina berdekatan dengan rumah aku’. Biasanya orang nak sekolah dekat rumah, dan aku dah dapat.

http://www.facebook.com/?ref=home#!/group.php?gid=342750627849

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails