Usia Blog Cikgu Zaman

Daisypath Anniversary tickers

Jumaat, September 11, 2009

Salasilah Keluarga Haji Amin


Aku telah menerima e-mail dr adik ipar yg membuat salasilah keluarga. Di atas merupakan hasil kerja beliau.

Rabu, September 09, 2009

Kursus Ketua Jabatan Sains


Pada 21 – 22 Julai 1989 aku telah mengikuti Kursus Ketua Jabatan Sains di Tambun Inn, Ipoh. Pertama kali aku tidur kat hotel (Tambun Inn) sejak bermulanya aku jadi cikgu. Gambar, entah ke mana menghilang kerana saiznya lebih panjang dan tak boleh masuk dlm album saiz 3R atau 4R.

Selasa, September 08, 2009

Shamsuddin Mazlan Dalam Kenangan


Tanggal 31 Mei 2009 jam 10.45 malam, Shamsuddin Mazlan, 24 tahun telah kembali ke Rahmatullah. Beritanya pernah disiarkan dalam Berita Harian, 2 Jun 2009.
Shamsuddin Mazlan pernah tinggal bersama kami semasa beliau di dalam Tingkatan 3 di SMK Bandar Tenggara. Kepada kawan-kawannya semasa di tingkatan 3 (2000) yang mengenali beliau, kami memohon dihalalkan makam minum, dimaafkan perbuatannya samada sengaja mahupun tidak. Hari ini sudah 100 hari beliau meninggalkan kita semua.
Hanya ingatan menjadi kenangan. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh beliau. Amin.


Isnin, September 07, 2009

Kursus Orientasi KBSM Sains


Pada 22 – 26 Mei 1989 aku telah mengikuti Kursus Orientasi KBSM Sains di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh. Masa tu KBSM baru bermula diperingkat Tingkatan 1. Aku pergi untuk Tingkatan 2. Perlaksanaannya pada tahun 1990.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails