Usia Blog Cikgu Zaman

Daisypath Anniversary tickers

Rabu, Oktober 28, 2009

Kursus Penghasilan Pukal P & P


Pada 3 - 8 Mei, 1992 aku mengikuti Kursus Penghasilan Pukal Pengajaran dan Pembelajaran bertempat di Chalet Teluk Batik, Lumut.

Antara isi kandungan kursus, kami dikehendaki menghasilkan video pengajaran dan pembelajaran. Kumpulan di bahagi mengikut daerah masing-masing. (Bilangan peserta setiap daerah adalah sama).

Dahulu kamera yang kami gunakan adalah jenis VHS. Masa tu jenis VCD atau DVD belum wujud lagi.

Selasa, Oktober 27, 2009

Tempat-Tempat Pernah Dikunjungi

Selama 3 tahun aku ngajar Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, 3 tempat telah menjadi sebahagian daripada Program Khidmat Masyarakat murid tingkatan 2.

2007 - Rumah Seri Kenangan
2008 - Taman Sinar Harapan Tampoi
2009 - Rumah Barkat

Klik tempat tersebut kalau hendak lihat.

Jumaat, Oktober 23, 2009

Seronok Buat Blog

Aku seronok buat blog berbanding ketika buat homepage. Blog membolehkan kita berfikiran terbuka.
Setakat ni aku ada 5 blog.

Cikgu Zaman's Blog - Catatanku tentang diriku yang telah lepas.
Menurut Cerita - Aku suka melayari intenet. Apa yang telah aku jumpai, aku catatkan diblog ini.
Kelab Catur - Aku penasihat kelab ini.
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan - Aku ngajar subjek ini. Banyak hasil kerja murid perlu disimpan.
Literasi Komputer - Ngajar juga.

Rabu, Oktober 21, 2009

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ada blognya sendiri.

Anda hanya perlu klik di sini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails