Usia Blog Cikgu Zaman

Daisypath Anniversary tickers

Khamis, September 30, 2010

Marhaban Asrama SMKBT2

28 September 2010
Marhaban Asrama SMKBT2
di rumah Cikgu Zaman

Terima kasih kepada semua yang hadir. Salah dan silap serta kekurangan yang ada harap dimaafkan.


Isnin, September 27, 2010

Kenangan Beraya Di Rumah Kawan-Kawan

11 September 2010
911 mungkin orang lain, ingat lain, tapi bagiku 911 adalah Hari Raya Aidil Fitri 1431 Hijrah hari ke 2. Pada hari tersebut aku pergi ke rumah kawan-kawan lama yang dapat berhubung kembali melalui Laman Web Facebook.


Banyak sungguh benda yang hendak diceritakan. Terasa hari itu bagaikan terlalu cepat ianya berlalu. Dengan Cikgu Mat Som dapat aku belajar sikit sebanyak cara menulis blog. [Klik untuk ke blog Cikgu Mat Som]

Blog aku ini sekadar catatan kenanganku.

Jumaat, September 24, 2010

Kenangan Di Hari Raya Aidil Fitri 1431 Hijrah


Sambutan Hari Raya Aidil Fitri pada tahun disambut secara sederhana sahaja. Macam aku, tidak ada baju rayapun. Hanya guna baju yang aku pergi kerja pada hari Jumaat sahaja. Baju tu aku pakai dari pagi sampai ke malam. Hebatkan.

Apa yang penting ialah untuk kanak-kanak. Mereka lebih bergembira.


Khamis, September 23, 2010

Open University Malaysia (OUM)

Aku tertarik untuk menulis tentang Open University Malaysia (OUM). Mungkin kerana aku merupakan keluaran universiti berkenaan. Mula-mula mendaftar universiti ini bernama Universiti Terbuka Malaysia (UNITEM). Beg universiti juga nama itu. Lama-lama beralih sebutan kepada Open University Malaysia (OUM).

Apa sebab pertukarannya akupun tak tahu. Mungkin hendak antarabangsakannya selari dengan Open University di luar negara.

Apa yang hendak aku tuliskan bukan berkisar tentang OUM. Tetapi tentang blog yang aku baca. Klik di sini untuk membacanya.

Yang mengadu si suami. Yang mengikuti kursus si isteri. Nampak sangat si isteri bagitau suami perkara yang tidak lengkap. Si suami pun mengadu,

"Isteri saya seorang guru mengikuti Program Sarjana Muda Pengajaran Sekolah Rendah dikendalikan Kementerian Pelajaran dan Universiti Terbuka Malaysia (OUM). Baru-baru ini beliau mengetahui daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) bahawa ijazah itu tidak diiktiraf oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk kenaikan ke skim DG41. Perkara ini, sedikit sebanyak menjejaskan tumpuan terhadap pengajiannya."

Kursuspun belum tamat dah risau Tunggulah sampai tamat, bukan rugipun. KPM membiayai semuanya.

Aku First Batch OUM-KPM. Ijazah belum diiktiraf. Nak iktiraf apa, ijazahpun belum keluar lagi, bila sudah keluar ia akan diiktirafkan oleh SPA. Itu janji pihak OUM kepada kami semua bila angin bertiup kencang. Pihak OUM terpaksa panggil kami dan menerangkannya.

Alhamdulillah, Ijazah aku sudah mendapat pengiktirafan.

Ada pula yang bagi komen, masuk IPTA jangan masuk OUM. Dah KPM yang anjurkan kita masuklah. Lagipun kita bukan masuk Full Time, hanya PJJ hujung minggu, sekolah tidak tinggal langsung.


Ada lagi komen yang tidak masuk akal, 'bangunan tak ada macam mana nak berurusan... dengan siapa?'

Agaknya yang bagi komen tu pun tidak tahu apa dia OUM, tapi nak bagi komen. Komen yang tanpa nama macam surat layang aja. Tertera di atas gambar bangunan OUM dekat Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur. PPU dijalankan diserata tempat di Malaysia.

Klik untuk laman ke web OUM

Klik untuk berita tentang OUM


ringkasan :

OUM - Open University Malaysia
UNITEM - Universiti Terbuka Malaysia
SPP - Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
SPA - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam
PJJ - Pendidikan Jarak Jauh
PPU - Pusat Pelajaran Universiti


Selasa, September 21, 2010

Kontrak Sosial (Malaysia)


Ketuanan orang-orang Melayu perlu dipertahankan


Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa kemerdekaan negara dalam Perlembagaan, dan merupakan penggantian beri-memberi atau quid pro quo melalui Perkara 14–18 yang berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu, dan Perkara 153 yang memberikan hak istimewa rakyat kepada mereka daripada kaum bumiputera. Istilah ini juga kekadang digunakan untuk merujuk kepada bahagian-bahagian yang lain dalam Perlembagaan, seperti Perkara yang mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular.

Dalam konteks biasa yang berkaitan dengan hubungan ras, kontrak sosial telah kerap kali dibidaskan, termasuk juga oleh ahli-ahli politik dalam kerajaan campuran Barisan Nasional yang menegaskan bahawa tidak habis-habis bercakap tentang hutang orang-orang bukan Melayu kepada orang-orang Melayu terhadap kewarganegaraan yang diberikan telah merenggangkan golongan-golongan bukan Melayu daripada negara mereka. Kritikan-kritikan seumpama ini telah ditentang oleh media Melayu dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti politik yang terbesar dalam Barisan Nasional. Banyak orang Melayu, biasanya daripada UMNO, telah mempergunakan kontrak sosial ini untuk mempertahankan prinsip Ketuanan Melayu.

Sumber : Wikipedia Ensiklopedia Bebas

Lagi tentang Kontrak Sosial. Klik Pusat Maklumat Rakyat.

Khamis, September 16, 2010

Hari Malaysia

16 Sept diisytihar cuti umum Hari Malaysia
Posted on the October 19th, 2009 under Berita by admin

Perdana menteri hari ini mengumumkan sambutan Hari Malaysia yang diraikan pada 16 September setiap tahun diisytiharkan sebagai cuti awam untuk seluruh negara mulai tahun depan.

Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan perkara itu pada persidangan Dewan Rakyat berkata pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat merupakan satu titik sejarah yang amat penting.




“Dengan demikian rakyat Malaysia akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar.

“Hari Merdeka pada 31 Ogos mengingatkan kita akan perjuangan mencapai kemerdekaan dari penjajahan, yang akan dirayakan dengan pelbagai acara rasmi seperti perarakan dan sebagainya untuk mengingati detik sejarah itu.

“Hari Malaysia pula akan dirayakan dengan acara-acara bersifat mengeratkan perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat menerusi bidang sukan, sosio-budaya, kesenian dan lain-lain yang akan menyemarakkan semangat 1Malaysia,” katanya.

Hari Malaysia diraikan pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia apabila Sabah dan Sarawak telah menyertai Malaysia pada 1963.

Najib berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Dr Marcus Mojigoh (BN-Putatan) yang bertanya sejauh mana penerimaan rakyat terhadap gagasan 1Malaysia dan jenis-jenis program yang difikirkan berkesan untuk mencapai hasrat tersebut.

Persidangan Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Parlimen Kedua Belas bermula tepat pukul 10 pagi ini dengan menyaksikan perdana menteri sebagai yang pertama memberikan jawapan bagi sesi pertanyaan bagi jawapan lisan pagi ini.

Perdana menteri berkata, dengan penyertaan Sabah dan Sarawak sejak 1963, maka adalah wajar rakyat di kedua-dua negeri itu menikmati kemajuan pembangunan, pendidikan, ekonomi dan sosial seperti di Semenanjung.

“Pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat merupakan satu titik sejarah yang amat penting. Maka kita juga mahu suka duka rakyat di Sabah dan Sarawak dapat dirasai oleh rakyat di Semenanjung,” katanya.

Mengenai gagasan 1Malaysia, Najib berkata tujuan utama konsep yang menjadi teras pentadbiran beliau sejak mengambil alih tampuk pentadbiran negara adalah untuk terus memupuk perpaduan nasional di kalangan rakyat Malaysia berbilang kaum.

Beliau turut menegaskan, perpaduan antara kaum itu juga merangkumi integrasi nasional antara rakyat Malaysia dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang akan terus ditingkatkan.

Untuk meningkatkan perhubungan antara tiga wilayah itu, perdana menteri berkata, kekerapan dan kapasiti penerbangan akan terus dipertingkat selain pembinaan prasarana asas bagi dua buah negeri itu seperti jalan, bekalan air dan elektrik, sekolah, klinik dan hospital akan terus diberi keutamaan dengan menambah lebih banyak peruntukan.

“Dengan adanya perpaduan nasional, negara kita akan menjadi lebih stabil, kukuh dan aman. Negara yang aman damai pula akan menjadi asas terpenting bagi mencapai semua matlamat Wawasan 2020 yakni menjadikan Malaysia sebuah negara maju dalam kesemua aspek,” katanya.

Najib berkata sesungguhnya perpaduan yang telah dicapai hingga ke saat ini telah membuahkan keamanan di dalam negara lebih lima dekad lepas.

“Dan ingatkan bahawa harga keamanan ini adalah terlalu mahal dan tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Bagi sesiapa yang cuba memporak-perandakan perpaduan maka merekalah yang sebenarnya menghancurkan keamanan,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Dr Marcus mengenai identiti yang boleh dikaitkan dengan Malaysia seperti di Indonesia, Filipina atau Thailand, Najib berkata identiti Malaysia boleh dilihat berdasarkan kemampuannya menerima unsur lain yang dijadikan sebahagian daripada budaya setempat dan seterusnya kekuatan negara.

“Kalau kita sorot kembali asas pembinaan negara Malaysia, dari awal kita pilih jalan integrasi dan bukan asimilasi seperti negara-negara yang disebut oleh Yang Berhormat (Putatan) tadi seperti Indonesia, Filipina dan Thailand yang memilih jalan asimilasi.

“Ini menunjukkan pimpinan kita dari awal lagi bersikap amat terbuka.

“Kita lihat dari mula itu jalan terbaik iaitu apabila kita dapat menampilkan satu kekuatan berdasarkan perpaduan dan kepelbagaian… tiada negara lain seperti Malaysia,” katanya.

Sementara itu, menjawab soalan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang), Najib berkata gagasan 1Malaysia dianggap sebagai kesinambungan dasar-dasar yang diperkenalkan sebelumnya.

“Ia perjalanan yang lama, tidak mungkin sampai ke penghujung dalam masa sepenggal dua penggal. Kita anggap ia satu kesinambungan, dan insya Allah apabila kita lakukan satu gagasan 1Malaysia ada nilai yang mendasari gagasan ini dan ia menyokong Wawasan 2020,” katanya.

Abdul Hadi bertanya sama ada dengan penerapan gagasan 1Malaysia, bermakna kerajaan mengetepikan dasar-dasar terdahulu termasuk Islam Hadhari, Bersih Cekap dan Amanah dan Wawasan 2020. BERNAMA

Sumber : http://berita-harian-online.com/16-sept-diisytihar-cuti-umum-hari-malaysia/

Jumaat, September 10, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1431H



Sabtu, September 04, 2010

Laluan sakaratulmaut dipantau

'Laluan sakaratulmaut dipantau'

Oleh Amin Ridzuan Ishak, Syed Azwan Syed Ali, Mohamed Sahidi Yusof dan Badrul Kamal Zakaria
2010/09/04
Polis, JPJ tingkat pengawasan lokasi nahas maut sepanjang Ops Sikap ke-22

Bukan yang ini hendak dibicarakan. Aku lebih tertarik dengan signboard yang dicadangkan oleh rakan lama 'Pak Long Pyan' dalam blog beliau. Banyak signboard yang beliau cadangkan.

Klik untuk ke blog beliau : http://paklongwc.blogspot.com/2010/09/signboard-baru-untuk-pemandu-di.html



Berita Harian Online : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Laluansakaratulmautdipantau/Article/index_html

Apa-apa hal aku ucapkan berhati-hati ketika memandu. Patuhi arahan dari pihak berkuasa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails