Usia Blog Cikgu Zaman

Daisypath Anniversary tickers
Memaparkan catatan dengan label Kursus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kursus. Papar semua catatan

Jumaat, Januari 01, 2010

Bengkel Analisis Item

Pada 11 Oktober 1997 pihak PPD Kulai telah mengadakan Bengkel Analisis Item menggunakan Program 'QUEST' dengan kerjasama Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim.

Khamis, Disember 31, 2009

Kursus Komputer


Pada 26 Mei 1997 hingga 6 Jun 1997 kami mengikuti kursus komputer di Maktab Perguruan Mohd Khalid, Johor Bahru. Kami menginap di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim. Di MPTI ada kursus yang sama, tetapi untuk kumpulan sekolah rendah. Untuk kumpulan sekolah menengah diadakan di MPMK.
*Catatan :

MPMK telah ditutup. Yang wujud sekarang ialah SMK Mohd Khalid.

MPTI telah dinaiktaraf menjadi Institut Perguruan Temenggong Ibrahim (IPTI).

Rabu, Disember 30, 2009

Kursus Pengurusan PSS


Pada 19 dan 20hb Oktober, 1992 aku telah mengikuti Kursus Pengurusan Pusat Sumber Sekolah anjuran PKG Seri Manjung bertempat di PKG Sitiawan.
* Catatan :
Masa itu PKG Seri Manjung merupakan PKG tanpa bangunan. Segala aktiviti dijalankan di PKG Sitiawan. PKG Sitiawan merupakan PKG berbangunan terletak berhampiran PPD Manjung.
Sekarang aku tak tahu sebab dah lama tak ke sana.
PKG : Pusat Kegiatan Guru
PPD : Pejabat Pelajaran Daerah

Rabu, Oktober 28, 2009

Kursus Penghasilan Pukal P & P


Pada 3 - 8 Mei, 1992 aku mengikuti Kursus Penghasilan Pukal Pengajaran dan Pembelajaran bertempat di Chalet Teluk Batik, Lumut.

Antara isi kandungan kursus, kami dikehendaki menghasilkan video pengajaran dan pembelajaran. Kumpulan di bahagi mengikut daerah masing-masing. (Bilangan peserta setiap daerah adalah sama).

Dahulu kamera yang kami gunakan adalah jenis VHS. Masa tu jenis VCD atau DVD belum wujud lagi.

Rabu, September 09, 2009

Kursus Ketua Jabatan Sains


Pada 21 – 22 Julai 1989 aku telah mengikuti Kursus Ketua Jabatan Sains di Tambun Inn, Ipoh. Pertama kali aku tidur kat hotel (Tambun Inn) sejak bermulanya aku jadi cikgu. Gambar, entah ke mana menghilang kerana saiznya lebih panjang dan tak boleh masuk dlm album saiz 3R atau 4R.

Isnin, September 07, 2009

Kursus Orientasi KBSM Sains


Pada 22 – 26 Mei 1989 aku telah mengikuti Kursus Orientasi KBSM Sains di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh. Masa tu KBSM baru bermula diperingkat Tingkatan 1. Aku pergi untuk Tingkatan 2. Perlaksanaannya pada tahun 1990.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails