Usia Blog Cikgu Zaman

Daisypath Anniversary tickers
Memaparkan catatan dengan label Perak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perak. Papar semua catatan

Rabu, Disember 30, 2009

Kursus Pengurusan PSS


Pada 19 dan 20hb Oktober, 1992 aku telah mengikuti Kursus Pengurusan Pusat Sumber Sekolah anjuran PKG Seri Manjung bertempat di PKG Sitiawan.
* Catatan :
Masa itu PKG Seri Manjung merupakan PKG tanpa bangunan. Segala aktiviti dijalankan di PKG Sitiawan. PKG Sitiawan merupakan PKG berbangunan terletak berhampiran PPD Manjung.
Sekarang aku tak tahu sebab dah lama tak ke sana.
PKG : Pusat Kegiatan Guru
PPD : Pejabat Pelajaran Daerah

Selasa, November 10, 2009

Tingkatan 3D, 1988

Gambar lama ketika aku menjadi Guru Tingkatan 3D di SMK Pangkor dalam tahun 1988. Sudah 21 tahun ianya berlalu. Umur anak muridku sekarang 16 + 21 = 37 tahun. Di mana mereka sekarang?

Rabu, Oktober 28, 2009

Kursus Penghasilan Pukal P & P


Pada 3 - 8 Mei, 1992 aku mengikuti Kursus Penghasilan Pukal Pengajaran dan Pembelajaran bertempat di Chalet Teluk Batik, Lumut.

Antara isi kandungan kursus, kami dikehendaki menghasilkan video pengajaran dan pembelajaran. Kumpulan di bahagi mengikut daerah masing-masing. (Bilangan peserta setiap daerah adalah sama).

Dahulu kamera yang kami gunakan adalah jenis VHS. Masa tu jenis VCD atau DVD belum wujud lagi.

Rabu, September 09, 2009

Kursus Ketua Jabatan Sains


Pada 21 – 22 Julai 1989 aku telah mengikuti Kursus Ketua Jabatan Sains di Tambun Inn, Ipoh. Pertama kali aku tidur kat hotel (Tambun Inn) sejak bermulanya aku jadi cikgu. Gambar, entah ke mana menghilang kerana saiznya lebih panjang dan tak boleh masuk dlm album saiz 3R atau 4R.

Isnin, September 07, 2009

Kursus Orientasi KBSM Sains


Pada 22 – 26 Mei 1989 aku telah mengikuti Kursus Orientasi KBSM Sains di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh. Masa tu KBSM baru bermula diperingkat Tingkatan 1. Aku pergi untuk Tingkatan 2. Perlaksanaannya pada tahun 1990.

Ahad, Ogos 30, 2009

Pasir Salak, Perak

Pada 4.6.2005 aku dan keluarga telah melawat Kompleks Sejarah Pasir Salak. Aku, tiada dlm gambar kerana pegang kamera.

Untuk memudahkan aktiviti melawat eloklah dibeli Buku Panduan Pelawat.

Tugu Peringatan Pahlawan Perak dibina pada tahun 1990 sempena perasmian pembinaan kompleks ini.
Tugu Peringatan JWW Birch dibina oleh Kerajaan British dalam tahun 1900 untuk memperingati peristiwa pembunuhan JWW Birch.

Tapak JWW Birch dibunuh pada 2.11.1875


Jumaat, Ogos 28, 2009

Semasa Bersekolah

SMK King Edward VII, Taiping, Perak.

6 Atas Sastera 1 (1983)

6 Bawah Sastera 1 (1982)

SMK Raja Ali, Kuala Lumpur.

5 Sains 2 (1981)

4 Sains 1 (1980)

Anda ada sama? E-mail kepada aku.
sms/mms: 019 - 765 3214

Sekarang aku dah jadi cikgu, sesuatu yang aku tidak mimpi dahulu.

Jumaat, Ogos 21, 2009

Inilah Aku



Inilah aku... Seorang guru yang mula bertugas pada 3.1.1987 di SMK Pangkor, Perak. Bertugas sehingga 30.11.1993.

Bertukar ke Johor... di SMK Bandar Tenggara pada 1.12.1993. Masa tu sistem persekolahan bermula pada bulan 12.

Bertukar ke sekolah sekarang, SMK Bandar Tenggara 2 pada 16.12.2002... Untuk menerima kemasukkan murid baru pada 6.1.2003.

Aku antara guru yang mula2 bertugas di sekolah ini. Masa tu belum ada pengetua. Guru Penolong Kanan terpaksa menanggung kerja...

Aku tolong dia, buat jadual waktu, sekolah nak buka, semua mesti beres...

Lepas GPK tu bertugas di tempat lain, aku dh tak buat jadual waktu...

Aku juga terpaksa jadi SU Peperiksaan, lama juga... sehingga 2006

Aku juga terpaksa jadi Guru Data... sehingga 2005

Apabila aku menerima 40 komputer murid + 2 komputer guru, aku terpaksa menjadi Penyelaras Makmal Komputer, kerna tiada Guru IT. Apabila dh ada Guru IT, aku masih sangkut lg sbg Penolong Penyelaras. Sekolah ini ada 2 Makmal Komputer + 1 bilik server.

Guru Tingkatan sudah semestinya

Sekarang dh lega... ramai guru2 muda dh masuk... guru2 lama boleh relax sikit.


GURU DAN AKAN TERUS MENJADI GURU

012 - 713 9341

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails