Saya sedar tentang amaran di atas dalam tahun ini. Blog saya memang ada gadget dari www.iluvislam.com malah gadget tersebut telah ada sejak dari mula saya membuat blog ini. Mungkin itu antara faktor kenapa blog ini kurang kunjungan sebab terdapat amaran tersebut.
Sayapun tidak mengharap kunjungan yang ramai kerana blog saya hanya catatan kenangan saya untuk renungan masa hadapan.
Inilah antara guru-guru SMK Bandar Tenggara 2 untuk sesi persekolahan tahun 2011. 18hb November 2011 adalah hari terakhir persekolahan untuk tahun 2011. Manakala murid-murid Tingkatan 5 akan meneruskan perjuangan dalam peperiksaan SPM. Selamat maju jaya untuk semua.
Tidak perlu dinyatakan nama guru-gurunya. Lihat sahaja FB Cikgu Zaman, ada yang telah diTAGkan.
Cantik tarikh hari ini. 11 November 2011. Biasa ditulis 11.11.11. Ada enam angka 1. Bila ia akan berulang lagi. Tunggu 100 tahun lagi iaitu pada tarikh 11 November 2111. Masa itu kita semua sudah tiada lagi. Yang ada generasi yang keberapa kita.
Dalam banyak-banyak movies yang aku tonton, filem 'Sekali Lagi' benar menyusup kalbu. Lakonan Shaheizy Sam sebagai Arman amat berkesan. Aku tidak tahu menulis sinopsisnya, jadi aku copy dari sini. Kredit untuk empunya blog.
Cerita Sekali Lagi, ianya merupakan filem terbitan metrowealth pictures dan siapa tak kenal bos dia kalau tak si David Teo tu. Di arahkan oleh Hashim Rejam yang menceritakan tentang kehidupan Arman lakonan Shaheizy Sam yang menghidap penyakit automatik..(opss silap) autisme iaitu bersifat kebudak-budakan yang bakal berkahwin dengan Farina. Nak dijadikan cerita, Arman cuba diragut oleh seorang mamat botak tetapi diselamatkan oleh Amy yang berusia 5 tahun lakonan Mia Sara (Aku suka tengok budak ni.. hehe comel) dengan hanya menggunakan lastik sahaja hingga membuahkan persahabatan antara Amy dan Arman.
Maka disinilah bermulanya episod cerita ini, bila persahabatan yang terjalin rupanya terungkai satu misteri. Amy sebenarnya adalah anak Arman dan siapa pula ibu Amy? Pada aku tarikan untuk tengok movie ialah watak Shiela (lakonan Lisa Surihani) yang merupakan ibu kepada Amy dan bekerja sebagai kerani. Semasa Shiela bekerja, Amy ditinggalkan kepada Haris yang membuka stall makanan di ibu kota dan pada malam hari Shiela membantu Haris kerana terhutang budi menjaga Amy.
Ini menjadi tanda tanya kepada Shiela dengan siapa Amy berkawan sehingga mereka bertembung dan membuatkan Shiela jatuh pengsan. Rupanya Arman dan Shiela pernah berkahwin dan perkahwinan mereka tidak direstui sehinggakan mereka terpaksa kahwin lari. Apabila berjumpa kembali Shiela tidak dapat menerima kehadiran Arman yang telah mengecewakan hidupnya. Kalau nak tahu bagaimana cerita ini berakhir, korang kenalah tengok sendiri sebab nanti takde feel pulak.
Tidak sabar hendak tonton filem 'Papa, I Love U' lakonan adik Mia Sara serta heroinnya Lisa Surihani. Hero aja orang lain. Pengarah masih orang yang sama.
Pada 7hb Mei, 2011 kami (sebab ramai, 3 bas semuanya) mengadakan Khidmat Masyarakat di SK PK Princess Elizabert, Johor Bahru. SK PK ialah Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas. Sekolah ini khas untuk murid-murid yang kurang penglihatan.
Tanggal 20 Jun 2011, seramai 283 murid SMK Bandar Tenggara 2 telah menerima Netbook 1 Malaysia. Sebelum itu pada 19 Jun 2011, seramai 20 murid telah menerima di SMK Linggiu, Kota Tinggi, yang disampaikan oleh YB Datuk Halimah Mohamed Sadique, Ahli Parlimen Tenggara menjadikan seramai 303 murid yang layak menerima Netbook 1 Malaysia di SMK Bandar Tenggara 2.
Hari Keluarga Haji Amin dan Hajah Maimunah telah diadakan pada awal cuti persekolahan yang lepas. Tarikhnya 29 hingga 31.5.2011 bertempat di Pantai Puteri, Melaka.
Bergambar beramai-ramai pada hari akhir sebagai kenangan.