Usia Blog Cikgu Zaman

Daisypath Anniversary tickers

Khamis, Ogos 27, 2009

Sejarah Sekolah

Aku antara guru2 yg mula bertugas di SMK Bandar Tenggara 2. Sebagai guru yang mula2 bertugas kat sini, sikit sebanyak aku tau tentang sejarah sekolah.

SMK Bandar Tengara 2 mula dibina pada 19 Jun 2000. Kontraktor terlibat ialah ANJARIA PROPERTIES SDN BHD dan Syarikat Perunding ialah URUSBUDI CONSULT SDN BHD (Syarikat yang dilantik oleh kerajaan) Sekolah ini mula diserahkan kepada pihak kerajaan pada 23 Oktober 2002, Pada ketika itu penyelaras sekolah ialah En Juhari bin Ahmad dari SMK Bandar Tenggara, di mana beliau telah dilantik oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kulai. Segala urusan penerimaan bekalan dan perabot sekolah diuruskan oleh beliau. Penyerahan sekolah ini telah dibuat dalam satu majlis ringkas di antara ANJARIA PROPERTIES SDN BHD dan URUSBUDI CONSULT SDN BHD kepada wakil dari JPNJ, PPD Kulai dan wakil SMK Bandar Tenggara 2 ini.


Pada 16 November 2002 seramai 14 orang guru dari SMK Bandar Tenggara, Kulai telah di arah bertukar ke sekolah ini. Seramai 2 orang guru dari SMK Sultan Alauddin, Kulai serta 6 orang guru dari sekolah luar dari Bandar Tenggara telah mohon bertukar keluar dari sekolah masing-masing dan memohon bertukar masuk ke sekolah ini. Pentadbir sekolah ketika itu ialah :-

GPK : En. Abd Rahim Bin Ahmad
GPK HEM : En. Juhari Bin Ahmad
GPK KOKURIKULUM: En Kamalullail Bin Toha
GURU KAUNSELING : En Alihan Bin A. Rahman



1 ulasan:

  1. huh! salam cekgu.... Rindu yerk kat s.m.k.b.t. 2... kim salam kat GPK : En. Abd. Rahim yerk.. cikgu BI saya dlu tu....
    moga cikgu pon dlm keadaan sihat sllu hendak yerk ye...

    dari saya_ shariza (from 5-2004)

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails