
Majalah Bujal. Dahulu aku membesar dalam era terbitnya majalah tersebut. Aku mencari dalam internet, manalah tahu ada orang menulis tentangnya. Aku sudah jumpa dekat sini.
Aku copy apa yang menarik untuk aku. Antaranya;
Bujal juga merupakan buah tangan Rizalman dan rakan-rakannya yang diterbitkan oleh Raz Studio. Majalah ini
agak popular dan mendapat tempat dalam kalangan kebanyakan kanak-kanak lelaki di peringkat sekolah rendah yang membesar pada era 1980-an. Nama majalah ini merujuk pada watak utama dalam siri kartun yang terdapat dalam majalah berkenaan, iaitu Bujal, kanak-kanak lelaki nakal yang sering berpakaian baju belang, tetapi bijak. Karakter tersebut boleh dikatakan menjadi ikon penting kepada peminat majalah berkenaan. Sesuai dengan motonya atau “tagline” majalah ini, iaitu “Berhibur Sambil Belajar”, semua siri kartun di dalamnya seperti , termasuk “Bujal” yang mengisahkan kehidupan harian kanak-kanak dalam suasana kampung, mempunyai unsur pengajaran atau pendidikan menerusi karakter-karakter yang ada seperti Dogol, Raju, Wak Segan, dan Cikgu Markonah. Selain siri kartun, majalah ini juga memuatkan ruangan Mari Berpantun, AGEBU (Aku Geng Bujal), dan cerpen. Malah ia menjadi majalah untuk golongan kanak-kanak belajar bahasa Inggeris melalui ruangan “Story Time” di samping menulis jawi kerana memuatkan artikel atau cerita bertulisan Jawi.

Dalam era aku membesar, Majalah Bujal terlebih dahulu diterbitkan oleh Syarikat Suarasa sebelum Raz Studio ambil alih. Dalam blog yang aku jumpa menyatakan ianya amat popular dalam era 80an. Aku dah kenal majalah ini sejak 1974 lagi. Untuk menunjukan betapanya berminatnya aku, aku turut menghantar permohonan untuk menjadi AGEBU. Permohonan tersebut amat lama, sehingga tahun 1976 baru disiarkan. Bulannya sudah lupa. Tapi ada kesilapan taip tentang nama aku Kamaruzzaman jadi Kamaruzzan. Sejak itu aku menerima banyak surat, tapi alamat sekolah, ada yang hilang menurut cikguku. Yang aku ingat seorang saja yang tinggal di Kota Sarang Semut, Kedah. Dia panggil aku Ruzzan.
Tahun 1975 atau 1976 aku menerima kad raya gambar Bujal dan rakan-rakan dari Arwah Pak Jang ku kerana dia tahu aku amat berminat dengan karikatur Bujal.
