Usia Blog Cikgu Zaman

Daisypath Anniversary tickers
Memaparkan catatan dengan label Kawan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kawan. Papar semua catatan

Isnin, September 27, 2010

Kenangan Beraya Di Rumah Kawan-Kawan

11 September 2010
911 mungkin orang lain, ingat lain, tapi bagiku 911 adalah Hari Raya Aidil Fitri 1431 Hijrah hari ke 2. Pada hari tersebut aku pergi ke rumah kawan-kawan lama yang dapat berhubung kembali melalui Laman Web Facebook.


Banyak sungguh benda yang hendak diceritakan. Terasa hari itu bagaikan terlalu cepat ianya berlalu. Dengan Cikgu Mat Som dapat aku belajar sikit sebanyak cara menulis blog. [Klik untuk ke blog Cikgu Mat Som]

Blog aku ini sekadar catatan kenanganku.

Rabu, Mac 10, 2010

Catatan Kawan Lama

Sungguh tak disangka dapat bertemu kembali dengan kawan-kawan lama. Bukan bertemu muka, bukan bertemu diblog ni, tapi bertemu di FACEBOOK. Amran Chik buka Group MPTI,JB BATCH 84-86 kat facebook.
Masing-masing upload gambar masa kat MPTI. Kenangan 24 tahun lalu menjelma kembali. Masing-masing dengan catatan tersendiri.
Siapa kata guru-guru lama tak mahir dengan komputer. Kami sentiasa mengikuti pengedaran zaman.
Mengikut catatan mereka, ada yang dah pergi Haji, ada yang jadi Pensyarah, ada kat JPN, PPD, ada yang jadi PK1, dan ada yang kat ASTRO,...
Aku... masih guru biasa, tak nak tukar lagi, aku ada cerita tersendiri, ‘Sekolah dibina berdekatan dengan rumah aku’. Biasanya orang nak sekolah dekat rumah, dan aku dah dapat.

http://www.facebook.com/?ref=home#!/group.php?gid=342750627849

Jumaat, Ogos 28, 2009

Semasa Bersekolah

SMK King Edward VII, Taiping, Perak.

6 Atas Sastera 1 (1983)

6 Bawah Sastera 1 (1982)

SMK Raja Ali, Kuala Lumpur.

5 Sains 2 (1981)

4 Sains 1 (1980)

Anda ada sama? E-mail kepada aku.
sms/mms: 019 - 765 3214

Sekarang aku dah jadi cikgu, sesuatu yang aku tidak mimpi dahulu.

Khamis, Ogos 20, 2009

Kawan Lama

Selasa, 18 Ogos, 2009.

Berbahagia rasanya dapat berhubung kembali dengan kawan lama. Kawan lama kat Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, opsyen Matematik/Sains 1984/1986.
Dah anak Lima rupanya, sedangkan aku anak hanya Empat.
Macamana boleh berhubung...
Cari dalam internet, jumpa blog dia dan anak dia, aku e-mailkan, tunggu balasan dan dapat.
Fikir punya fikir, aku kena ada blog sendiri, manalah tau ada kawan lain sedang mencari, boleh mereka jumpa di alam siber ni...

Aku cuba cipta blog ni, sekadar untuk kenanganku...
mencari kawan lama...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails