Usia Blog Cikgu Zaman

Daisypath Anniversary tickers
Memaparkan catatan dengan label Pulau Pinang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pulau Pinang. Papar semua catatan

Khamis, Julai 21, 2011

Char Koay Teow

Kalau pergi Pulau Pinang, jangan lupa cari Char Koay Teow. Makanan ini terkenal di Pulau Pinang. Setelah memakannya, rasanya sama sahaja kecuali versi ini digoreng 'basah' dan tidak sampai 'kering'.



Rasanya semua tahu macamana hendak mengorengnya. Goreng macam mee kuning juga. Hendak sedap masukkan ramuan yang banyak seperti kerang dan udang.

Kalau goreng basah, jadilah dia Char Koay Teow. Kalau banyak kerang, jadilah dia Keoy Teow Kerang. Kalau goreng kosong, jadi apa? Sudah tentu jadi Koay Teow Goreng. Sebenarnya Koay Teow ini banyak versi dan nama. Ikut citarasa si pemasak.


Rabu, Julai 20, 2011

Pasembor

Orang pergi Penang bukan cari Laksa Penang. Laksa Penang boleh di cari merata negeri. Semua kata Laksa Penang. Entah ya atau tidak.

Masa kursus dekat RECSAM, Penang dalam tahun 1998 makanan yang pertama sekali yang di cari ialah Pasembor. Laksa Penang tidak pula di cari. Orang kata Pasembor Padang Kota yang sedap sekali. Kalau tengok cucur udang dia sebesar pinggan. Tempat lain mana ada.

Tahun 2010, lagi sekali pergi Penang. Hanya cari Pasembor kat Bagan (Butterworth) rasanya tidak sesedap masa kursus dulu.

Hari ini cuba cari resepinya. Sudah jumpa di SINI.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails