Usia Blog Cikgu Zaman

Daisypath Anniversary tickers
Memaparkan catatan dengan label Johor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Johor. Papar semua catatan

Sabtu, September 22, 2012

Tanjung Piai dan Pulau Kukup


Salam 1 Malaysia,
22 September 2012... SMK Bandar Tenggara 2 telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Taman Negara Tanjung Piai dan Taman Negara Pulau Kukup di Pontian... Kami menaiki dua bas ke situ...



untuk ke Taman Negara Pulau Kukup kami terpaksa mengambil 2 feri sebab kumpulan kami ramai...
untuk kenangan abadi... semua gambar terdapat di facebook... klik <facebook> untuk melihatnya...


Jumaat, September 14, 2012

Legoland Malaysia


Salam 1 Malaysia,
tiada kata yang dapat saya coretkan di sini... hanya gambar yang dapat saya abadikan di sini...
sila klik <facebook>

Khamis, Mei 17, 2012

16 Mei 2012 : Hari Guru

Gambar Pada 16 Mei 2012





Di muatnaik ke YouTube oleh En Kamaruzzaman bin Yaacob (TunAhmad2)

Gambar di ambil oleh : En Aidil-Nur bin Zainal. Klik SINI untuk melihatnya.


Isnin, Mei 07, 2012

Seharian di Mersing [3.5.2012]


Pada 3.5.2012 aku serta rakan-rakan mengiringi Pasukan Pengakap SMK Bandar Tenggara 2 yang telah menjadi Johan NGO (L) daerah Kulaijaya ke daerah Mersing. Daerah Mersing menjadi tuan rumah bagi kategori NGO (L). Ada 10 pasukan semuanya mewakili daerah masing-masing. Pasukan Pengakap SMK Bandar Tenggara 2 mendapat giliran ke 10.




Pemeriksaan Pakaian sedang dijalankan.



Alhamdulillah, pasukan berjaya menjadi Johan Kawad Kaki NGO (L) Negeri Johor dua tahun berturut-turut.




Lagi gambar di Facebook.

Video di YouTube.






Khamis, November 17, 2011

SMK Bandar Tenggara 2


Inilah antara guru-guru SMK Bandar Tenggara 2 untuk sesi persekolahan tahun 2011. 18hb November 2011 adalah hari terakhir persekolahan untuk tahun 2011. Manakala murid-murid Tingkatan 5 akan meneruskan perjuangan dalam peperiksaan SPM. Selamat maju jaya untuk semua.

Tidak perlu dinyatakan nama guru-gurunya. Lihat sahaja FB Cikgu Zaman, ada yang telah diTAGkan.


Selasa, November 15, 2011

Bandar Tenggara

Bandar Tenggara adalah sebuah penempatan yang dibangunkan dalam wilayah pembangunan KEJORA, Johor. Terletak di tengah-tengah antara Bandar Kulai, Bandar Kota Tinggi dan Bandar Kluang. Mula diwujudkan sekitar tahun 1972. Dari asal sebuah penempatan untuk pekerja-pekerja ladang sawit yang hanya menempatkan 100 buah rumah, Bandar Tenggara kini telah berubah dengan pesatnya setelah 35 tahun berlalu di bawah kelolaan Lembaga Johor Tenggara (KEJORA) Bandar Tenggara. Lihat lebih lanjut di SINI.


Pelbagai kedai makanan segera sudah ada di sini setanding dengan bandar-bandar besar.


Stesen minyak juga ada di Bandar Tenggara. Mereka dari luar jangan risau kalau berkunjung ke sini.


Kemudahan-kemudahan yang terdapat di sini. Rumah rehat juga tersedia. Balai Polis bersedia untuk memberi khidmat keselamatan di sini.


Banyak kemudahan tersedia untuk masyarakat Bandar Tenggara.


Masjid dan surau.


Sekolah Kebangsaan, Sekolah Menengah dan juga Asrama Pusat.


Sekolah Agama dan Sekolah Menengah Agama.


Selasa, Julai 19, 2011

Laksa Johor

Tiba-tiba teringat Laksa Johor. Bila sudah duduk dekat Johor, Laksa Johor sudah jadi kegemaran. Cari punya cari, jumpalah resepi nya kat SINI.


Rabu, Jun 29, 2011

Program Mendaki Puncak

Pada 25 Jun 2011, hari Sabtu, pihak sekolah telah mengadakan Program Mendaki Puncak yang telah diadakan di Gunung Lambak Eco Resort.



Jumaat, Januari 01, 2010

Bengkel Analisis Item

Pada 11 Oktober 1997 pihak PPD Kulai telah mengadakan Bengkel Analisis Item menggunakan Program 'QUEST' dengan kerjasama Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim.

Khamis, Disember 31, 2009

Kursus Komputer


Pada 26 Mei 1997 hingga 6 Jun 1997 kami mengikuti kursus komputer di Maktab Perguruan Mohd Khalid, Johor Bahru. Kami menginap di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim. Di MPTI ada kursus yang sama, tetapi untuk kumpulan sekolah rendah. Untuk kumpulan sekolah menengah diadakan di MPMK.
*Catatan :

MPMK telah ditutup. Yang wujud sekarang ialah SMK Mohd Khalid.

MPTI telah dinaiktaraf menjadi Institut Perguruan Temenggong Ibrahim (IPTI).

Rabu, November 11, 2009

Dari Perak ke Johor

Masih gambar lama. Masa muda-muda dulu.
Bertarikh: 6.10.1988
Lokasi: Tempat parking berhadapan Pejabat Pos Johor Bahru. (kiri saya ialah Pejabat Pos Johor Bahru - Tiada dalam gambar)

Masa tu cuti SRP. Bukan cuti sekolah lagi. He3. Jalan-jalan, orang kata cuti-cuti. Aku memandu dari sana. Masa tu highway utara selatan baru setakat Ayer Keroh, Melaka.

Khamis, Ogos 27, 2009

Sejarah Sekolah

Aku antara guru2 yg mula bertugas di SMK Bandar Tenggara 2. Sebagai guru yang mula2 bertugas kat sini, sikit sebanyak aku tau tentang sejarah sekolah.

SMK Bandar Tengara 2 mula dibina pada 19 Jun 2000. Kontraktor terlibat ialah ANJARIA PROPERTIES SDN BHD dan Syarikat Perunding ialah URUSBUDI CONSULT SDN BHD (Syarikat yang dilantik oleh kerajaan) Sekolah ini mula diserahkan kepada pihak kerajaan pada 23 Oktober 2002, Pada ketika itu penyelaras sekolah ialah En Juhari bin Ahmad dari SMK Bandar Tenggara, di mana beliau telah dilantik oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kulai. Segala urusan penerimaan bekalan dan perabot sekolah diuruskan oleh beliau. Penyerahan sekolah ini telah dibuat dalam satu majlis ringkas di antara ANJARIA PROPERTIES SDN BHD dan URUSBUDI CONSULT SDN BHD kepada wakil dari JPNJ, PPD Kulai dan wakil SMK Bandar Tenggara 2 ini.


Pada 16 November 2002 seramai 14 orang guru dari SMK Bandar Tenggara, Kulai telah di arah bertukar ke sekolah ini. Seramai 2 orang guru dari SMK Sultan Alauddin, Kulai serta 6 orang guru dari sekolah luar dari Bandar Tenggara telah mohon bertukar keluar dari sekolah masing-masing dan memohon bertukar masuk ke sekolah ini. Pentadbir sekolah ketika itu ialah :-

GPK : En. Abd Rahim Bin Ahmad
GPK HEM : En. Juhari Bin Ahmad
GPK KOKURIKULUM: En Kamalullail Bin Toha
GURU KAUNSELING : En Alihan Bin A. Rahman



Selasa, Ogos 25, 2009

Kuching, Sarawak

Pada 2.6.2007 - 9.6.2007 aku dan keluarga telah pergi ke Kuching, Sarawak.Bukan untuk pergi makan angin. Pergi untuk memberi sokongan kpd anak aku kerana menyertai Kejohanan Catur MSSM peringkat Kebangsaan. Pada waktu tu beliau mewakili Johor dalam kategori Perempuan bawah 12 Tahun.

Terima kasih kepada LO Johor, Cikgu Norita kerana mengiringi kotinjen Johor ketika di sana. Jasa baik anda tetap dikenang jua. Sayangnya anda tidak bergambar bersama kami.

Jumaat, Ogos 21, 2009

Inilah Aku



Inilah aku... Seorang guru yang mula bertugas pada 3.1.1987 di SMK Pangkor, Perak. Bertugas sehingga 30.11.1993.

Bertukar ke Johor... di SMK Bandar Tenggara pada 1.12.1993. Masa tu sistem persekolahan bermula pada bulan 12.

Bertukar ke sekolah sekarang, SMK Bandar Tenggara 2 pada 16.12.2002... Untuk menerima kemasukkan murid baru pada 6.1.2003.

Aku antara guru yang mula2 bertugas di sekolah ini. Masa tu belum ada pengetua. Guru Penolong Kanan terpaksa menanggung kerja...

Aku tolong dia, buat jadual waktu, sekolah nak buka, semua mesti beres...

Lepas GPK tu bertugas di tempat lain, aku dh tak buat jadual waktu...

Aku juga terpaksa jadi SU Peperiksaan, lama juga... sehingga 2006

Aku juga terpaksa jadi Guru Data... sehingga 2005

Apabila aku menerima 40 komputer murid + 2 komputer guru, aku terpaksa menjadi Penyelaras Makmal Komputer, kerna tiada Guru IT. Apabila dh ada Guru IT, aku masih sangkut lg sbg Penolong Penyelaras. Sekolah ini ada 2 Makmal Komputer + 1 bilik server.

Guru Tingkatan sudah semestinya

Sekarang dh lega... ramai guru2 muda dh masuk... guru2 lama boleh relax sikit.


GURU DAN AKAN TERUS MENJADI GURU

012 - 713 9341

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails