Usia Blog Cikgu Zaman

Daisypath Anniversary tickers

Jumaat, November 20, 2009

Happy Birthday

Happy birthday to me. 20.11.1964 - 20.11.2009.

Khamis, November 12, 2009

Ulangtahun ke 20 Perkahwinan


Pada 12hb November 1989, aku selamat dinikahkan oleh Haji Jaiz bin Haji Rasul, Naib Kadi Peserai, Batu Pahat, Johor.



Sudah 20 tahun majlis tersebut berlangsung. Detik-detik manis tersebut terpahat dalam memori. Selamat Ulang Tahun Perkahwinan ke 20 buat aku dan isteri.

Rabu, November 11, 2009

Dari Perak ke Johor

Masih gambar lama. Masa muda-muda dulu.
Bertarikh: 6.10.1988
Lokasi: Tempat parking berhadapan Pejabat Pos Johor Bahru. (kiri saya ialah Pejabat Pos Johor Bahru - Tiada dalam gambar)

Masa tu cuti SRP. Bukan cuti sekolah lagi. He3. Jalan-jalan, orang kata cuti-cuti. Aku memandu dari sana. Masa tu highway utara selatan baru setakat Ayer Keroh, Melaka.

Selasa, November 10, 2009

Tingkatan 3D, 1988

Gambar lama ketika aku menjadi Guru Tingkatan 3D di SMK Pangkor dalam tahun 1988. Sudah 21 tahun ianya berlalu. Umur anak muridku sekarang 16 + 21 = 37 tahun. Di mana mereka sekarang?

Isnin, November 09, 2009

Kereta 15 Tahun


Lega rasanya bila dengar berita pada hari Jumaat 6 November yang lepas dan juga di dalam surat khabar pada keesokan harinya.

Apa tidaknya, bila kena hantar ke Puspakom, ianya akan meningkatkan kos. Terpaksa hantar servis sebelum ke sana. Masa di sana belum tentu pihak Puspakom terlayan.

Kita buka guna kereta lama untuk jalan jauh. Ianya lebih kepada nostagia.

Lihat catatan yang dahulu.

1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Terima kasih PM.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails