Usia Blog Cikgu Zaman

Daisypath Anniversary tickers

Ahad, Jun 09, 2013

Blue Coach -> Harimau Malaya


28.5.2013 : Ketika berada di Stesen Keretapi Kluang, terjumpalah sesuatu yang lain daripada kebiasaan. Koc keretapi berwarna biru dan oren. Ada pula tulisan Jepun. Nanti aku cari maklumatnya diinternet.




Berikut adalah makumat yang aku dapat.


Pada 2010, terdapat 14 gerabak yang di panggil ‘Blue Coach’ menerusi sumbangan kerajaan Jepun.
Gerabak-gerabak tersebut sampai di Malaysia pada 9 Disember 2010, Ia menunjukkan tanda perubahan yang positif bagi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Teknologi perkhidmatan kereta api di Jepun sememangnya diakui antara yang tercanggih dan termaju di dunia dan sumbangan itu merupakan penghormatan besar kepada Malaysia dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Memang mengagumkan apabila melihat bagaimana negara matahari terbit ini mengekalkan fungsi gerabak kereta api itu yang telah menjangkau usia lebih 40 tahun.
Nama 'Harimau Malaya' berdasarkan kepada konsep gerabak itu yang melalui landasan kereta api di kawasan pantai timur Semenanjung seperti Pahang dan Kelantan, di mana Harimau Malaya mendiami habitat di kawasan hutan itu.
Di Jepun, ia dikenali sebagai ‘Blue Coach’ kerana berwarna biru tetapi kami mahu namanya diubahsuai supaya orang ramai mengenali gerabak itu sebagai gerabak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Gerabak itu mula dibangunkan oleh kerajaan Jepun pada tahun 1970 dan masih berada dalam keadaan baik apabila tiba di Malaysia.
Pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah melakukan penambahbaikan serta pengubahsuaian yang menelan belanja kira-kira RM7 juta, termasuk menukar ciri-ciri budaya Jepun yang ada pada gerabak itu dan menggantikannya dengan ciri-ciri masyarakat Malaysia. Beberapa tulisan Jepun yang ada pada dinding gerabak , dikekalkan sebagai penghargaan kepada kerajaan Jepun bagi membolehkan masyarakat tahu akan asal usul gerabak ini dan mengekalkan identiti asal negara pembuatnya.
Dengan adanya gerabak sedemikian, maka ia membuka peluang untuk memajukan lagi kawasan Pantai Timur yang sebelum ini agak ketinggalan dari segi pembangunan infrasktruktur. Berita mengenai kereta api ini akan mula beroperasi di negara ini, mula tersebar luas kepada pelancong, terutama dari Jepun. Perkhidmatan itu juga mampu menjadi tarikan pelancong ke kawasan Pantai Timur. Perkhidmatan keretapi itu berjalan sekali sehari dengan tujuh gerabak.
Gerabak itu memulakan ujian percubaan secara rasmi pada 16 Disember 2011 melibatkan laluan dari Johor Baharu Sentral (JB Sentral) ke stesen keretapi Tumpat. Tujuan ujian percubaan itu bagi memastikan gerabak berkenaan tidak mengalami masalah terutama pada hari pelancaran.
Sumber : MStar



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails