Majalah Bujal. Dahulu aku membesar dalam era terbitnya majalah tersebut. Aku mencari dalam internet, manalah tahu ada orang menulis tentangnya. Aku sudah jumpa dekat sini.
Aku copy apa yang menarik untuk aku. Antaranya;
Bujal juga merupakan buah tangan Rizalman dan rakan-rakannya yang diterbitkan oleh Raz Studio. Majalah ini agak popular dan mendapat tempat dalam kalangan kebanyakan kanak-kanak lelaki di peringkat sekolah rendah yang membesar pada era 1980-an. Nama majalah ini merujuk pada watak utama dalam siri kartun yang terdapat dalam majalah berkenaan, iaitu Bujal, kanak-kanak lelaki nakal yang sering berpakaian baju belang, tetapi bijak. Karakter tersebut boleh dikatakan menjadi ikon penting kepada peminat majalah berkenaan. Sesuai dengan motonya atau “tagline” majalah ini, iaitu “Berhibur Sambil Belajar”, semua siri kartun di dalamnya seperti , termasuk “Bujal” yang mengisahkan kehidupan harian kanak-kanak dalam suasana kampung, mempunyai unsur pengajaran atau pendidikan menerusi karakter-karakter yang ada seperti Dogol, Raju, Wak Segan, dan Cikgu Markonah. Selain siri kartun, majalah ini juga memuatkan ruangan Mari Berpantun, AGEBU (Aku Geng Bujal), dan cerpen. Malah ia menjadi majalah untuk golongan kanak-kanak belajar bahasa Inggeris melalui ruangan “Story Time” di samping menulis jawi kerana memuatkan artikel atau cerita bertulisan Jawi.
Dalam era aku membesar, Majalah Bujal terlebih dahulu diterbitkan oleh Syarikat Suarasa sebelum Raz Studio ambil alih. Dalam blog yang aku jumpa menyatakan ianya amat popular dalam era 80an. Aku dah kenal majalah ini sejak 1974 lagi. Untuk menunjukan betapanya berminatnya aku, aku turut menghantar permohonan untuk menjadi AGEBU. Permohonan tersebut amat lama, sehingga tahun 1976 baru disiarkan. Bulannya sudah lupa. Tapi ada kesilapan taip tentang nama aku Kamaruzzaman jadi Kamaruzzan. Sejak itu aku menerima banyak surat, tapi alamat sekolah, ada yang hilang menurut cikguku. Yang aku ingat seorang saja yang tinggal di Kota Sarang Semut, Kedah. Dia panggil aku Ruzzan.
Tahun 1975 atau 1976 aku menerima kad raya gambar Bujal dan rakan-rakan dari Arwah Pak Jang ku kerana dia tahu aku amat berminat dengan karikatur Bujal.
bagus blog tuan ini. Saya adalah salah seorang daripada ribuan kanak kanak era 80an ( yang bersekolah rendah sekitar 80an)..cuma tuan lebih senior kerana zaman sekolah rendah tuan sekitar 70an. Saya pun membesar dengan majalah bujal, yangdibeli oleh bapa..lama kelamaan, bujal hilang...dan majalah lain pula naik seperti Bambino dan kemudian Kuntum. Syukur pada tuhan kerana saya masih berjaya menyimpan sehingga kini majalah bujal yang dibeli oleh bapa saya suatu ketika dahulu...bila membacanya semula..terkenang zaman dahulu..indah dan damai..syukur pada tuhan yang mentakdirkan sesiapa sahaja yang membesar di sekitar tahun 70an dan 80an..kini..segala tinggal kenangan, yang saya ceritakan semula pada anak anak dan anak anak murid disekolah..
BalasPadamterima kasih tuan...
Padamsuatu kenangan yang terus menjadi kenangan didalam lipatan sejarah...
salam..ckgu shah..ada simpan koleksi bujal tahun 1994 smpai 1995 x? kalau ada boleh kontek saya 0195465798..tq
Padam