Usia Blog Cikgu Zaman

Daisypath Anniversary tickers

Isnin, November 28, 2011

Salam Maal Hijrah 1433H

Ahad 27hb November, 2011 bersamaan 1 Muharram 1433H. [Dalam kalender Islam 1 Muharram sudah masuk selepas Magrib hari Sabtu 26hb November, 2011]

Hari ini, hari Isnin 28hb November, 2011. Masih cuti sebab Awal Muharram jatuh pada hari Ahad, kiranya hari ini cuti gantian.



Selasa, November 22, 2011

XX Ray


Koleksi Original aku.

XX Ray, filem tahun 1992. Sinopsis dari SINI.

Penemuan XX Ray – alat yang memboleh seseorang melihat menembusi sesuatu objek, menjadi malapetaka apabila Anuar menyeludupnya keluar dan membawanya ke satu majlis.
Dalam usaha untuk mendapatkan kembali alat tersebut dari Karim, Amir menjadi halimunan.
Koleksi XX Ray aku dalam bentuk VCD.


XX Ray II, filem tahun 1995. Sinopsis dari SINI.

XX Ray II ialah sebuah filem genre pengembaraan dan sains fiksyen Malaysia yang ditayangkan pada 25 November 1995.

Koleksi XX Ray II aku dalam bentuk DVD.

Filem-filem ini di arah oleh Aziz M. Osman dan juga bertindak sebagai pelakon utama.


Ahad, November 20, 2011

Happy Birthday



Hari ini hari aku. Tarikh hanya sekali sahaja.


update : Klik di SINI. Ianya juga berkaitan. Blog kepunyaan anak.


Jumaat, November 18, 2011

Sifu dan Tongga


Koleksi DVD original aku.

Sinopsis [ Dari SINI ] :

Filem ini menceritakan rintangan-rintangan yang dihadapi Sifu dan Tongga sepanjang perjalanan mereka untuk menyelamatkan Mila seperti perjalanan mereka ke Bandar, lari daripada penjara, kelaparan dan akhirnya berjaya menyelamatkan Mila.

Filem ini bermula dengan pemburuan Mama Tammy dan Izaq untuk mencari orang-orang Watson yang masih hidup. Izaq telah menculik Mila dengan menggunakan helikopter dan telah membawanya ke Bandar. Chief iaitu ketua kepada keturunan Watson berasa sangat sedih apabila mengetahui yang Mila telah diculik. Kerana terlalu bersimpati dengan kesedihan yang dihadapi oleh chief, Sifu dan kawan baiknya, Tongga berjanji akan menyelamatkan Mila. Sifu memiliki keistimewaan untuk berkomunikasi dengan dunia ghaib untuk mendapat panduan. Ini telah membantunya untuk meninggalkan hutan yang selamat untuk pergi tempat yang penuh dengan cabaran dan moden di Kuala Lumpur. Kerana tidak pernah keluar dari hutan,Sifu dan Tongga tidak pernah melihat kerusi, kereta, komputer, motor, tandas dan pelbagai alatan canggih yang telah tercipta pada zaman ini.





Khamis, November 17, 2011

SMK Bandar Tenggara 2


Inilah antara guru-guru SMK Bandar Tenggara 2 untuk sesi persekolahan tahun 2011. 18hb November 2011 adalah hari terakhir persekolahan untuk tahun 2011. Manakala murid-murid Tingkatan 5 akan meneruskan perjuangan dalam peperiksaan SPM. Selamat maju jaya untuk semua.

Tidak perlu dinyatakan nama guru-gurunya. Lihat sahaja FB Cikgu Zaman, ada yang telah diTAGkan.


Selasa, November 15, 2011

Bandar Tenggara

Bandar Tenggara adalah sebuah penempatan yang dibangunkan dalam wilayah pembangunan KEJORA, Johor. Terletak di tengah-tengah antara Bandar Kulai, Bandar Kota Tinggi dan Bandar Kluang. Mula diwujudkan sekitar tahun 1972. Dari asal sebuah penempatan untuk pekerja-pekerja ladang sawit yang hanya menempatkan 100 buah rumah, Bandar Tenggara kini telah berubah dengan pesatnya setelah 35 tahun berlalu di bawah kelolaan Lembaga Johor Tenggara (KEJORA) Bandar Tenggara. Lihat lebih lanjut di SINI.


Pelbagai kedai makanan segera sudah ada di sini setanding dengan bandar-bandar besar.


Stesen minyak juga ada di Bandar Tenggara. Mereka dari luar jangan risau kalau berkunjung ke sini.


Kemudahan-kemudahan yang terdapat di sini. Rumah rehat juga tersedia. Balai Polis bersedia untuk memberi khidmat keselamatan di sini.


Banyak kemudahan tersedia untuk masyarakat Bandar Tenggara.


Masjid dan surau.


Sekolah Kebangsaan, Sekolah Menengah dan juga Asrama Pusat.


Sekolah Agama dan Sekolah Menengah Agama.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails