Bandar Tenggara adalah sebuah penempatan yang dibangunkan dalam wilayah pembangunan KEJORA, Johor. Terletak di tengah-tengah antara Bandar Kulai, Bandar Kota Tinggi dan Bandar Kluang. Mula diwujudkan sekitar tahun 1972. Dari asal sebuah penempatan untuk pekerja-pekerja ladang sawit yang hanya menempatkan 100 buah rumah, Bandar Tenggara kini telah berubah dengan pesatnya setelah 35 tahun berlalu di bawah kelolaan Lembaga Johor Tenggara (KEJORA) Bandar Tenggara. Lihat lebih lanjut di SINI.
Pelbagai kedai makanan segera sudah ada di sini setanding dengan bandar-bandar besar.
Stesen minyak juga ada di Bandar Tenggara. Mereka dari luar jangan risau kalau berkunjung ke sini.
Kemudahan-kemudahan yang terdapat di sini. Rumah rehat juga tersedia. Balai Polis bersedia untuk memberi khidmat keselamatan di sini.
Banyak kemudahan tersedia untuk masyarakat Bandar Tenggara.
Masjid dan surau.
Sekolah Kebangsaan, Sekolah Menengah dan juga Asrama Pusat.
Sekolah Agama dan Sekolah Menengah Agama.
Ingatkan blog tak aktif lagi. Masih hebat nampaknya dan semakin menarik.
BalasPadammasih ada tapi kadang2 je... sesuai dgn cogankata blog ni ... 'suatu catatan yang menjadi kenangan'
BalasPadamblog ni bukan blog politik, berita, perniagaan atau sewaktu dgnnya... ianya hanya catatan macam diari terbuka...