Usia Blog Cikgu Zaman

Daisypath Anniversary tickers

Selasa, Julai 19, 2011

Laksa Johor

Tiba-tiba teringat Laksa Johor. Bila sudah duduk dekat Johor, Laksa Johor sudah jadi kegemaran. Cari punya cari, jumpalah resepi nya kat SINI.



Menurut yang empunya blog, resepinya seperi berikut:

Bahan-bahan:
  • 1 paket sphagetti (direbus dengan air dan 1 sudu besar minyak sehingga lembut)
  • **Bahan A – (direbus dan dimesin – asingkan) **
  • Ikan kembong + ikan parang – 1 kilo (ikan parang optional)
  • udang basah 100gm
  • isi ikan kurau – 20 gram dibakar
  • 1 1/2 paket kecil udang kering 50gm
  • **Bahan B (dimesin)**
  • bawang besar – 3 biji
  • cili kering – 15 tangkai
  • halia – 2 ibu jari
  • lengkuas – 2 ibu jari & kunyit hidup – 2 ibu jari
  • serai – 2 batang diketuk
  • asam keping – 2 keping
  • santan pekat 1 kotak / lebih
  • 1 paket kerisik
  • 1 paket kecil rempah kari
  • bawang putih -3/4 ulas
  • **Bahan Hias**
  • limau kasturi belah 2 dan buang biji
  • timun di racik halus
  • tauge buang ekor (segar)
  • jeruk chaipo (dihiris kasar / yang sudah siap cincang dalam paket)
  • bawang besar hiris halus
  • lada merah/lada hijau dihiris
  • Daun kesum / daun selasih / daun pudina diracik halus
  • Kicap kipas udang / kicap manis
  • ** Sambal Belacan
  • -lada merah 5/6 biji
  • -Belacan melaka – 30 gram dibakar
  • Bawang Merah 1 biji kecil

Cara-cara:

  1. rebuskan ikan, udang, udang kering dan isi ikan kurau bakar dan asingkan tulang dan mesin hingga halus bersama air rebusan
  2. **Penyediaan kuah**
  3. Tumis minyak dan masukkan serai yang diketuk bersama bahan B hingga wangi
  4. Bila garing, masukkan rempah kari dan kacau sebentar dalam 1/2 minit
  5. masukkan ikan/udang/udang kering dan ikan kurau kering yang dimesin.
  6. masukkan santan pekat diikuti dengan 2 mangkuk air dan
  7. masukkan asam keping
  8. tambah garam dan gula untuk rasa
  9. masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 – 1 1/2 jam. Lebih lama dimasak, kuah akan lebih tahan walaupun tak disimpan didalam peti sejuk
  10. **Sambal belacan**
  11. mesinkan semua bahan dan hidangkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails