Usia Blog Cikgu Zaman

Daisypath Anniversary tickers

Rabu, Julai 20, 2011

Pasembor

Orang pergi Penang bukan cari Laksa Penang. Laksa Penang boleh di cari merata negeri. Semua kata Laksa Penang. Entah ya atau tidak.

Masa kursus dekat RECSAM, Penang dalam tahun 1998 makanan yang pertama sekali yang di cari ialah Pasembor. Laksa Penang tidak pula di cari. Orang kata Pasembor Padang Kota yang sedap sekali. Kalau tengok cucur udang dia sebesar pinggan. Tempat lain mana ada.

Tahun 2010, lagi sekali pergi Penang. Hanya cari Pasembor kat Bagan (Butterworth) rasanya tidak sesedap masa kursus dulu.

Hari ini cuba cari resepinya. Sudah jumpa di SINI.


Hidangan Pasembor ini dikenal juga dengan sebutan Rojak Mamak, makanan sepinggan. Jenis ini banyak ditemui di Malaysia mahupun Singapura.

Resepi Bahan Pasembor :

  • udang ukuran sedang 200 gram, cincang
  • tepung terigu protein sedang 250 gram
  • baking powder 1/2 sendok teh
  • tepung beras 1 sendok makan
  • air 250 ml
  • mentimun 1 buah, kupas, buang isinya, serut kasar
  • bengkuang ukuran sedang 1 buah, parut kasar
  • taoge 200 gram, blansir
  • tahu ukuran sedang 3 buah, goreng, potong-potong
  • cumi-cumi 1 ekor (150 gram), buang kulit dan kepalanya, potong 1 cm
  • kacang tanah 100 gram, goreng, cincang
  • wijen 50 gram, sangrai
  • minyak goreng 500 ml

Resepi Bahan Saus Pasembor :

  • cabai rawit 7 buah, haluskan
  • bawang merah 8 butir, cincang
  • bawang putih 5 siung, cincang
  • gula pasir 5 sendok makan
  • kecap manis 2 sendok makan
  • air asam 2 sendok makan
  • air 50 ml
  • tepung maizena 1 sendok makan, larutkan dengan 4 sdm air
  • garam secukupnya

Cara Membuat Pasembor :

  1. Campur udang dengan terigu, tambahkan tepung beras dan baking powder. Tuang air sambil diaduk perlahan hingga rata, bumbui dengan garam.
  2. Panaskan minyak, masukkan 1 sendok sayur adonan, goreng hingga kuning kecokelatan. Angkat dan tiriskan.
  3. Potong bakwan udang setebal 1 cm, sisihkan.
  4. Saus : Panaskan 2 sdm minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum. Tambahkan cabai rawit, air, air asam, gula dan 1/2 sdt garam. Masak di atas api kecil hingga gula larut. Tuang kecap manis dan larutan maizena, masak hingga matang. Angkat.
  5. Tata taoge, tahu, mentimun, bengkuang dan cumi-cumi dalam piring saji. taburi dengan kacang dan wijen.
  6. Tuang saus secukupnya. Sajikan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails