10 Oktober 2010
Hari ini pergi Tesco Kulai ikut jalan baru dibina. Dahulu jalan Felda Inas tidak tembus ke mana-mana. Sekarang dengan pembinaan jalan tersebut, jarak ke Kulai lebih menjimatkan. Jalan masih lengang. Tidak banyak kenderaan yang melalui jalan tersebut.
Sebelum pergi dekat Stesen Minyak Petronas Bandar Tenggara, speedometer di reset kepada 000. Apabila sampai Tesco Kulai, speedometer memberi bacaan 027. Hanya 27 km sahaja kalau hendak ke Tesco Kulai dari Bandar Tenggara.
Kalau ikut jalan luar, dari Bandar Tenggara ke Kulai ialah 45 km. Belum lagi ke Tesco Kulai.
Balik ikut jalan yang sama. Jam 11.50 tengahari keretapi melintas. Jalan Sengkang belum ada flyover lagi. Jadi kena tunggu sehingga keretapi selesai melintas.
Sampai simpang Felda Inas, speedometer memberi bacaan 041. 041 - 027 = 014. Maksudnya Felda Inas berada ditengah-tengah perjalanan. Patutlah mereka suka membeli belah dekat Tesco Kulai. Barangan di sana lebih murah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan