Usia Blog Cikgu Zaman

Daisypath Anniversary tickers

Khamis, Disember 09, 2010

Bunga Raya



Bunga Raya atau Hibiscus Rosa dipilih sebagai sebagai bunga kebangsaan pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri ketika itu YTM AI-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra AI-Haj. Pemilihan tersebut adalah berdasarkan kepada keunikan bunganya yang merah dimana ia melambangkan keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh cabaran.

Selain itu, bentuk lima kelopak yang terdapat pada bunga raya memberi maksud lima prinsip Rukun Negara. Bunga yang juga dikenali sebagai “Queen Tropical Flowers” ini adalah bunga yang tergolong daripada keluarga Malvaceae yang mempunyai 300 spesis tumbuhan.

Manakala kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa, agama dan kebudayaan yang hidup harmoni di negara tercinta ini. Warna merah pula bermaksud kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa.

Baca lebih lanjut. Klik di sini.




Sempena pelancaran sambutan 50 tahun Bunga Raya sebagai bunga kebangsaan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 30 September 2010.

Warna merah pada Jalur Gemilang ialah lambang semangat waja, simbol kekuatan dan keberanian. Sama maknanya dengan merah pada bunga kebangsaan, Bunga Raya.

"Raya" mengikut kamus Dewan merujuk kepada sesuatu yang besar, penting, hari perayaan dan kemuliaan. Oleh itu simbol kebesaran ini melayakkan Bunga Raya dinobatkan sebagai bunga kebangsaan 50 tahun dahulu, pada 28 Julai 1960.

Pemilihannya yang mengatasi beberapa bunga lain kegemaran orang ramai, diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj.

Pada 1970, semasa Rukun Negara diperkenal, lima kelopak merah Bunga Raya turut dijadikan lambang prinsip kerukunan dan perpaduan rakyat dan lima asas Rukun Negara ini menjadi pengikat dan pembina perasaan cintakan negara.

Baca lebih lanjut. Klik di sini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails