Usia Blog Cikgu Zaman

Daisypath Anniversary tickers

Rabu, Disember 08, 2010

TV AlHijrah - Segalanya Bermula Di Sini



TV AlHijrah telah mula bersiaran. 1 Muharram 1432H adalah merupakan tarikh rasmi bagi stesen TV percuma ini dikeudarakan. Penampilan dengan berkonsepkan keislaman ini mula bersiaran dari lima pemancar iaitu di Lembah Klang, Johor, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Siaran TV AlHijrah ini boleh ditonton bermula jam 3.00 petang hingga 12 tengah malam pada hari Isnin hingga Khamis. Manakala, siaran akan dimulakan lebih awal pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad iaitu bermula 12 tengah hari dan tamat pada 12 tengah malam.

Daripada laman web TV AlHijrah; difahamkan is merupakan stesen televisyen percuma (FTA) yang bersiaran penuh dari Pusat Islam Kuala Lumpur. Ia mensasarkan golongan kanak-kanak dan remaja berusia 4 sehingga 17 tahun serta golongan muda dan keluarga berumur 18 sehingga 39 tahun.

Baca lanjut klik di sini.


Frekuensi TV Al Hijrah - Sumber: TV Al Hijrah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails