Usia Blog Cikgu Zaman

Daisypath Anniversary tickers

Rabu, Julai 20, 2011

Laksa Mee

Laksa Mee atau Mee Laksa, entah mana satu istilah yang betul. Sudah lama tidak memakannya kira-kira 18 tahun. Kenapa aku kata begitu. Aku kenal Laksa Mee ketika mula bertugas di Pulau Pangkor. Harga dia masa itu 50 sen sepinggan. Bila bertukar ke Negeri Johor, segala-galanya menjadi nostagia.

Aku mencari resepinya dekat intenet. Rupanya ada. Klik di SINI. Popular juga rupanya. Ingat sekadar makanan dekat kampung-kampung sahaja.



Versi Pantai Remis

Bahan-bahan:
Mee Teow (putih atau kuning- Kiah guna warna putih)
Kacang panjang/buncis - potong dadu
Lobak masin - cincang halus
Udang/ketam - untuk kuah
Cili kering - kisar
Udang kering - blend ngan cili kering skali
Garam dan gula secukup rasa
Bawang kecil dan putih - mayang nipis

Caranya:
Untuk sayur:
Tumis bawang sampai layu dan masukkan lobak masin,goreng sampai masak dan masukkan kacang panjang/buncis. Kacau rata dan goreng sampai layu.

Untuk Sambal:
Panaskan minyak dan tumis campuran cili kering dan udang kering. Perasakan dengan garam dan gula. Masak sampai pecah minyak dan cilinya betul2 masak.Rasa sambal ni pedas2 manis.

Untuk kuahnya:
Rebus ketam/udang dengan air sampai mendidih.Perisakan dengan garam secukupnya dan jika suka tambahkan serbuk pati ayam sikit. Setelah mendidih padamkan api dan tumis darat bawang merah dan bawang putih yang telah digoreng sampai layu atas kuah tersebut.

Untuk Mee:
Rebus air sampai mendidih dan masukkan laksa mee sampai lembut.


Katanya versi Pangkor lain sikit. Tapi yang aku makan sama macam di atas juga. Sayangnya masa dulu tidak ambil gambar.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails