Usia Blog Cikgu Zaman

Daisypath Anniversary tickers

Rabu, Disember 15, 2010

Hari Asyura

Hari ini 15 Disember 2010M bersamaan 9 Muharram 1432H.

Banyak blog menceritakan tentang 10 Muharram. Oleh itu saya catatkan pada hari ini supaya umat Islam dapat melakukan sunah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.


Hari Asyura (عاشوراء ) adalah hari ke-10 pada bulan Muharram dalam kalender Islam. Sedangkan Asyura sendiri bererti ke sepuluh.

Hari ini menjadi terkenal karena bagi kalangan Syi'ah dan sebagian Sufi merupakan hari berkabungnya atas kesyahidan Husain bin Ali, cucu dari Nabi Islam Muhammad pada Pertempuran Karbala tahun 61 H (680). Akan tetapi, Sunni meyakini bahwa Nabi Musa berpuasa pada hari tersebut untuk mengekspresikan kegembiraan kepada Tuhan karena kaum Yahudi sudah terbebas dari Fira'un (Exodus). Menurut tradisi Sunni, Muhammad berpuasa pada hari tersebut dan meminta orang-orang pula untuk berpuasa.

Baca lebih lanjut. Klik di sini.

Selanjutnya ada keterangan berkenaan perkara yang disunatkan pada 10 Muharram.

Baca lebih lanjut. Klik di sini.

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa Hari Arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa Hari Asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (Sahih Muslim)

Baca lebih lanjut. Klik di sini.


Selasa, Disember 14, 2010

Solat Macam Yahudi

Salam.

Saya sebenarnya bukan penulis blog. Orang kata tiada bakat menulis. Lebih berminat menziarahi blog-blog yang sedia ada. Senang bertindak sebagai 'blogwalker'. Semasa menziarahi blog-blog terjumpa artikel ini.


Gambar : Cara Yahudi 'Solat'


Dengan menggunakan media yang ada (blog dan facebook) saya cuba menarik perhatian rakan-rakan sekalian kerana Yahudi cuba mengajar kita cara 'solat' sebenar mereka seperti yang mereka dakwa iaitu meletakkan dua belah tangan di atas dada.

Untuk bacaan lebih lanjut. Klik di sini.

Jangan bersolat cara Syiah atau cara Wahhabi persis Yahudi. Bersolat cara Sunni. Insya Allah, solat yang sempurna boleh mencegah perbuatan keji dan munkar.


Isnin, Disember 13, 2010

Dymium XOX Prepaid

Iklan di atas saya copy dari laman facebook. Dymium XOX Prepaid dikatakan termurah jika dibandingkan dengan syarikat yang lain. Pelancarannya juga telah dilakukan. Klik di sini. Ianya menarik perhatian saya untuk mencuba. Pada 12.12.2010 saya telah berjaya memperolehi ‎010 - Dymium XOX Prepaid. Nombornya seperti yang anda dapat lihat. Saya belum dapat mengesan kelebihannya lagi sebab baru sahaja mencubanya. Hanya ringkasnya dapat bagi tahu di dalam sim mengandungi RM5.00 dan SMS percuma sebanyak 150 sms. SMS percuma boleh digunakan dengan nombor Celcom. Harga dekat pad RM88.80. Sebenar saya hanya bayar RM8.80, jadi dalam sim hanya ada RM5.00 dan 150 sms percuma. Kalau bayar RM88.80, lagi RM80.00 dia akan topupkan. Disebabkan saya ingin mencuba, saya bayar RM8.80 sahaja.



update : saya tidak lagi pakai nombor tersebut... saya hanya guna nombor Celcom dan Maxis sahaja... sudah cuba baru tahu....

Jumaat, Disember 10, 2010

10 Tempat Terlarang Meletakkan Handfon



Sumber Gambar : Internet

Hari ini terbaca di blog, 10 tempat terlarang meletakkan handfon. 10 tempat menurut blog tersebut ialah :

1. JANGAN TARUH DALAM KOCEK SELUAR
2. JANGAN LETAKKAN BERSAMA BARANG ELEKTRONIK
3. JANGAN DISIMPAN DEKAT KUNCI KERETA
4. JANGAN LETAKKAN DEKAT KOMPUTER
5. JANGAN LETAKKAN DI TEMPAT BERSUHU TINGGI
6. HINDARI MELETAKKAN KAD SIM DEKAT MAGNET
7. JAUHKAN DARI BENDA LOGAM
8. JAUHKAN DARI ALAT PACU JANTUNG
9. JANGAN DEKAT GAS YANG MUDAH TERBAKAR
10. HINDARI DAERAH BASAH

Baca lebih lanjut. Klik di sini.


Khamis, Disember 09, 2010

Bunga Raya



Bunga Raya atau Hibiscus Rosa dipilih sebagai sebagai bunga kebangsaan pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri ketika itu YTM AI-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra AI-Haj. Pemilihan tersebut adalah berdasarkan kepada keunikan bunganya yang merah dimana ia melambangkan keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian menempuh cabaran.

Selain itu, bentuk lima kelopak yang terdapat pada bunga raya memberi maksud lima prinsip Rukun Negara. Bunga yang juga dikenali sebagai “Queen Tropical Flowers” ini adalah bunga yang tergolong daripada keluarga Malvaceae yang mempunyai 300 spesis tumbuhan.

Manakala kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa, agama dan kebudayaan yang hidup harmoni di negara tercinta ini. Warna merah pula bermaksud kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa.

Baca lebih lanjut. Klik di sini.

Rabu, Disember 08, 2010

TV AlHijrah - Segalanya Bermula Di Sini



TV AlHijrah telah mula bersiaran. 1 Muharram 1432H adalah merupakan tarikh rasmi bagi stesen TV percuma ini dikeudarakan. Penampilan dengan berkonsepkan keislaman ini mula bersiaran dari lima pemancar iaitu di Lembah Klang, Johor, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Siaran TV AlHijrah ini boleh ditonton bermula jam 3.00 petang hingga 12 tengah malam pada hari Isnin hingga Khamis. Manakala, siaran akan dimulakan lebih awal pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad iaitu bermula 12 tengah hari dan tamat pada 12 tengah malam.

Daripada laman web TV AlHijrah; difahamkan is merupakan stesen televisyen percuma (FTA) yang bersiaran penuh dari Pusat Islam Kuala Lumpur. Ia mensasarkan golongan kanak-kanak dan remaja berusia 4 sehingga 17 tahun serta golongan muda dan keluarga berumur 18 sehingga 39 tahun.

Baca lanjut klik di sini.


Frekuensi TV Al Hijrah - Sumber: TV Al Hijrah

Selasa, Disember 07, 2010

Salam Maal Hijrah 1432H

1 Muharam 1432H

Sambutan Maal Hijrah 1432H, semoga kita berhijrah ke arah yang lebih baik. Amin.



Isnin, Disember 06, 2010

3 Cara Paling Berkesan Blog Popular 30 Minit

Hari ni terbaca cerita ni kat blog.

Bagaimanakah cara untuk menjadi blogger yang terkenal dalam masa singkat? Bagaimanakah cara untuk menambah followers yang ramai gila sehinggakan Widget Followers anda tak muat?



Dalam blog tersebut menyatakan ada TIGA (3) cara.

CARA #1: TEKNIK SUMBAT GAMBAR AYU
CARA #2: YOU FOLLOW ME I FOLLOW YOU
CARA #3: COPY PASTE / POST KONTROVERSI

Sesiapa nak baca untuk mengetahui cara tersebut boleh klik di sini.


Sabtu, November 20, 2010

Happy Birthday

20.11.1964 - 20.11.2010


Sabtu, Oktober 30, 2010

Bulan Bahasa Kebangsaan

Bulan Oktober Bulan Bahasa Kebangsaan

Walaupun catatan ini sudah dipenghujung bulan, tetapi tidak mengapa bagi aku. Sekurang-kurangnya untuk kenangan di masa hadapan.

Khamis, Oktober 28, 2010

Tutorial


Salam 1 Malaysia.

Aku masih lagi belajar buat blog. Walau bagaimanapun apa yang aku jumpai aku masukkan dalam blog 'Jom Blogging'. Kat situ banyak link yang aku telah masukkan.

Mana-mana yang menarik minatku, aku cuba dulu.
Yang telah berjaya :

Kalau hendak mencuba dipersilakan.


Ahad, Oktober 24, 2010

Kek Birthday

Bulan Oktober.
Bulan makan kek birthday.


Jumaat, Oktober 15, 2010

Datuk Yahya Sulung

Catatan untuk hari ini :

Tadi terbaca blog Omar M Hashim aka OMARA. Datuk Yahya Sulung terlantar sakit di Hospital Ampang. Klik di sini jika hendak baca. Walau bagaimanapun sama-sama kita berdoa agar beliau sihat kembali. Amin.


Sumber Gambar dari Internet :
Datuk Yahya Sulung (baju hitam) bersama Omar M Hashim.


Khamis, Oktober 14, 2010

C4 C2 DG6 DGA29 DGA32 DG41

14 Oktober 2010

Hari ini menerima surat pengesahan DG41.

Aku mula menjawat jawatan bermula kategori C4 dan kemudian beralih kepada C2. C2 kemudian telah ditukar kepada DG6. Apabila berlaku penyusunan DG6 bertukar kepada DGA29. Penyusunan tersebut memberi peluang untuk kenaikan jawatan. Aku dinaikkan kepada kategori DGA32.

Dan pada hari ini aku menerima surat pengesahan DG41. Tarikh telah dibackdated. Untuk beralih ke DG41 aku terpaksa bermula seperti orang baru. Terpaksa mengikuti kursus induksi. Mungkin gred ini saja yang mampu untuk aku jawat. Aku ada masaalah untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi.


Mungkin ada kawan-kawanku telah menjawat kategori yang lebih tinggi seperti DG44 dan DG48. Tapi tidak mengapa. Biar Lambat daripada Tidak.


Ahad, Oktober 10, 2010

Bandar Tenggara ke Tesco Kulai

10 Oktober 2010

Hari ini pergi Tesco Kulai ikut jalan baru dibina. Dahulu jalan Felda Inas tidak tembus ke mana-mana. Sekarang dengan pembinaan jalan tersebut, jarak ke Kulai lebih menjimatkan. Jalan masih lengang. Tidak banyak kenderaan yang melalui jalan tersebut.


Sebelum pergi dekat Stesen Minyak Petronas Bandar Tenggara, speedometer di reset kepada 000. Apabila sampai Tesco Kulai, speedometer memberi bacaan 027. Hanya 27 km sahaja kalau hendak ke Tesco Kulai dari Bandar Tenggara.

Sabtu, Oktober 09, 2010

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2010

7 Oktober 2010
Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Warga SMKBT2
Tempat : Dewan Terbuka
Masa : 8.00 - 10.00 malam



Khamis, September 30, 2010

Marhaban Asrama SMKBT2

28 September 2010
Marhaban Asrama SMKBT2
di rumah Cikgu Zaman

Terima kasih kepada semua yang hadir. Salah dan silap serta kekurangan yang ada harap dimaafkan.


Isnin, September 27, 2010

Kenangan Beraya Di Rumah Kawan-Kawan

11 September 2010
911 mungkin orang lain, ingat lain, tapi bagiku 911 adalah Hari Raya Aidil Fitri 1431 Hijrah hari ke 2. Pada hari tersebut aku pergi ke rumah kawan-kawan lama yang dapat berhubung kembali melalui Laman Web Facebook.


Banyak sungguh benda yang hendak diceritakan. Terasa hari itu bagaikan terlalu cepat ianya berlalu. Dengan Cikgu Mat Som dapat aku belajar sikit sebanyak cara menulis blog. [Klik untuk ke blog Cikgu Mat Som]

Blog aku ini sekadar catatan kenanganku.

Jumaat, September 24, 2010

Kenangan Di Hari Raya Aidil Fitri 1431 Hijrah


Sambutan Hari Raya Aidil Fitri pada tahun disambut secara sederhana sahaja. Macam aku, tidak ada baju rayapun. Hanya guna baju yang aku pergi kerja pada hari Jumaat sahaja. Baju tu aku pakai dari pagi sampai ke malam. Hebatkan.

Apa yang penting ialah untuk kanak-kanak. Mereka lebih bergembira.


Khamis, September 23, 2010

Open University Malaysia (OUM)

Aku tertarik untuk menulis tentang Open University Malaysia (OUM). Mungkin kerana aku merupakan keluaran universiti berkenaan. Mula-mula mendaftar universiti ini bernama Universiti Terbuka Malaysia (UNITEM). Beg universiti juga nama itu. Lama-lama beralih sebutan kepada Open University Malaysia (OUM).

Apa sebab pertukarannya akupun tak tahu. Mungkin hendak antarabangsakannya selari dengan Open University di luar negara.

Apa yang hendak aku tuliskan bukan berkisar tentang OUM. Tetapi tentang blog yang aku baca. Klik di sini untuk membacanya.

Yang mengadu si suami. Yang mengikuti kursus si isteri. Nampak sangat si isteri bagitau suami perkara yang tidak lengkap. Si suami pun mengadu,

"Isteri saya seorang guru mengikuti Program Sarjana Muda Pengajaran Sekolah Rendah dikendalikan Kementerian Pelajaran dan Universiti Terbuka Malaysia (OUM). Baru-baru ini beliau mengetahui daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) bahawa ijazah itu tidak diiktiraf oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk kenaikan ke skim DG41. Perkara ini, sedikit sebanyak menjejaskan tumpuan terhadap pengajiannya."

Kursuspun belum tamat dah risau Tunggulah sampai tamat, bukan rugipun. KPM membiayai semuanya.

Aku First Batch OUM-KPM. Ijazah belum diiktiraf. Nak iktiraf apa, ijazahpun belum keluar lagi, bila sudah keluar ia akan diiktirafkan oleh SPA. Itu janji pihak OUM kepada kami semua bila angin bertiup kencang. Pihak OUM terpaksa panggil kami dan menerangkannya.

Alhamdulillah, Ijazah aku sudah mendapat pengiktirafan.

Ada pula yang bagi komen, masuk IPTA jangan masuk OUM. Dah KPM yang anjurkan kita masuklah. Lagipun kita bukan masuk Full Time, hanya PJJ hujung minggu, sekolah tidak tinggal langsung.


Ada lagi komen yang tidak masuk akal, 'bangunan tak ada macam mana nak berurusan... dengan siapa?'

Agaknya yang bagi komen tu pun tidak tahu apa dia OUM, tapi nak bagi komen. Komen yang tanpa nama macam surat layang aja. Tertera di atas gambar bangunan OUM dekat Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur. PPU dijalankan diserata tempat di Malaysia.

Klik untuk laman ke web OUM

Klik untuk berita tentang OUM


ringkasan :

OUM - Open University Malaysia
UNITEM - Universiti Terbuka Malaysia
SPP - Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
SPA - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam
PJJ - Pendidikan Jarak Jauh
PPU - Pusat Pelajaran Universiti


Selasa, September 21, 2010

Kontrak Sosial (Malaysia)


Ketuanan orang-orang Melayu perlu dipertahankan


Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa kemerdekaan negara dalam Perlembagaan, dan merupakan penggantian beri-memberi atau quid pro quo melalui Perkara 14–18 yang berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu, dan Perkara 153 yang memberikan hak istimewa rakyat kepada mereka daripada kaum bumiputera. Istilah ini juga kekadang digunakan untuk merujuk kepada bahagian-bahagian yang lain dalam Perlembagaan, seperti Perkara yang mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular.

Dalam konteks biasa yang berkaitan dengan hubungan ras, kontrak sosial telah kerap kali dibidaskan, termasuk juga oleh ahli-ahli politik dalam kerajaan campuran Barisan Nasional yang menegaskan bahawa tidak habis-habis bercakap tentang hutang orang-orang bukan Melayu kepada orang-orang Melayu terhadap kewarganegaraan yang diberikan telah merenggangkan golongan-golongan bukan Melayu daripada negara mereka. Kritikan-kritikan seumpama ini telah ditentang oleh media Melayu dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti politik yang terbesar dalam Barisan Nasional. Banyak orang Melayu, biasanya daripada UMNO, telah mempergunakan kontrak sosial ini untuk mempertahankan prinsip Ketuanan Melayu.

Sumber : Wikipedia Ensiklopedia Bebas

Lagi tentang Kontrak Sosial. Klik Pusat Maklumat Rakyat.

Khamis, September 16, 2010

Hari Malaysia

16 Sept diisytihar cuti umum Hari Malaysia
Posted on the October 19th, 2009 under Berita by admin

Perdana menteri hari ini mengumumkan sambutan Hari Malaysia yang diraikan pada 16 September setiap tahun diisytiharkan sebagai cuti awam untuk seluruh negara mulai tahun depan.

Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan perkara itu pada persidangan Dewan Rakyat berkata pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat merupakan satu titik sejarah yang amat penting.




“Dengan demikian rakyat Malaysia akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar.

“Hari Merdeka pada 31 Ogos mengingatkan kita akan perjuangan mencapai kemerdekaan dari penjajahan, yang akan dirayakan dengan pelbagai acara rasmi seperti perarakan dan sebagainya untuk mengingati detik sejarah itu.

“Hari Malaysia pula akan dirayakan dengan acara-acara bersifat mengeratkan perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat menerusi bidang sukan, sosio-budaya, kesenian dan lain-lain yang akan menyemarakkan semangat 1Malaysia,” katanya.

Hari Malaysia diraikan pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia apabila Sabah dan Sarawak telah menyertai Malaysia pada 1963.

Najib berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Dr Marcus Mojigoh (BN-Putatan) yang bertanya sejauh mana penerimaan rakyat terhadap gagasan 1Malaysia dan jenis-jenis program yang difikirkan berkesan untuk mencapai hasrat tersebut.

Persidangan Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Parlimen Kedua Belas bermula tepat pukul 10 pagi ini dengan menyaksikan perdana menteri sebagai yang pertama memberikan jawapan bagi sesi pertanyaan bagi jawapan lisan pagi ini.

Perdana menteri berkata, dengan penyertaan Sabah dan Sarawak sejak 1963, maka adalah wajar rakyat di kedua-dua negeri itu menikmati kemajuan pembangunan, pendidikan, ekonomi dan sosial seperti di Semenanjung.

“Pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat merupakan satu titik sejarah yang amat penting. Maka kita juga mahu suka duka rakyat di Sabah dan Sarawak dapat dirasai oleh rakyat di Semenanjung,” katanya.

Mengenai gagasan 1Malaysia, Najib berkata tujuan utama konsep yang menjadi teras pentadbiran beliau sejak mengambil alih tampuk pentadbiran negara adalah untuk terus memupuk perpaduan nasional di kalangan rakyat Malaysia berbilang kaum.

Beliau turut menegaskan, perpaduan antara kaum itu juga merangkumi integrasi nasional antara rakyat Malaysia dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang akan terus ditingkatkan.

Untuk meningkatkan perhubungan antara tiga wilayah itu, perdana menteri berkata, kekerapan dan kapasiti penerbangan akan terus dipertingkat selain pembinaan prasarana asas bagi dua buah negeri itu seperti jalan, bekalan air dan elektrik, sekolah, klinik dan hospital akan terus diberi keutamaan dengan menambah lebih banyak peruntukan.

“Dengan adanya perpaduan nasional, negara kita akan menjadi lebih stabil, kukuh dan aman. Negara yang aman damai pula akan menjadi asas terpenting bagi mencapai semua matlamat Wawasan 2020 yakni menjadikan Malaysia sebuah negara maju dalam kesemua aspek,” katanya.

Najib berkata sesungguhnya perpaduan yang telah dicapai hingga ke saat ini telah membuahkan keamanan di dalam negara lebih lima dekad lepas.

“Dan ingatkan bahawa harga keamanan ini adalah terlalu mahal dan tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Bagi sesiapa yang cuba memporak-perandakan perpaduan maka merekalah yang sebenarnya menghancurkan keamanan,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Dr Marcus mengenai identiti yang boleh dikaitkan dengan Malaysia seperti di Indonesia, Filipina atau Thailand, Najib berkata identiti Malaysia boleh dilihat berdasarkan kemampuannya menerima unsur lain yang dijadikan sebahagian daripada budaya setempat dan seterusnya kekuatan negara.

“Kalau kita sorot kembali asas pembinaan negara Malaysia, dari awal kita pilih jalan integrasi dan bukan asimilasi seperti negara-negara yang disebut oleh Yang Berhormat (Putatan) tadi seperti Indonesia, Filipina dan Thailand yang memilih jalan asimilasi.

“Ini menunjukkan pimpinan kita dari awal lagi bersikap amat terbuka.

“Kita lihat dari mula itu jalan terbaik iaitu apabila kita dapat menampilkan satu kekuatan berdasarkan perpaduan dan kepelbagaian… tiada negara lain seperti Malaysia,” katanya.

Sementara itu, menjawab soalan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang), Najib berkata gagasan 1Malaysia dianggap sebagai kesinambungan dasar-dasar yang diperkenalkan sebelumnya.

“Ia perjalanan yang lama, tidak mungkin sampai ke penghujung dalam masa sepenggal dua penggal. Kita anggap ia satu kesinambungan, dan insya Allah apabila kita lakukan satu gagasan 1Malaysia ada nilai yang mendasari gagasan ini dan ia menyokong Wawasan 2020,” katanya.

Abdul Hadi bertanya sama ada dengan penerapan gagasan 1Malaysia, bermakna kerajaan mengetepikan dasar-dasar terdahulu termasuk Islam Hadhari, Bersih Cekap dan Amanah dan Wawasan 2020. BERNAMA

Sumber : http://berita-harian-online.com/16-sept-diisytihar-cuti-umum-hari-malaysia/

Jumaat, September 10, 2010

Sabtu, September 04, 2010

Laluan sakaratulmaut dipantau

'Laluan sakaratulmaut dipantau'

Oleh Amin Ridzuan Ishak, Syed Azwan Syed Ali, Mohamed Sahidi Yusof dan Badrul Kamal Zakaria
2010/09/04
Polis, JPJ tingkat pengawasan lokasi nahas maut sepanjang Ops Sikap ke-22

Bukan yang ini hendak dibicarakan. Aku lebih tertarik dengan signboard yang dicadangkan oleh rakan lama 'Pak Long Pyan' dalam blog beliau. Banyak signboard yang beliau cadangkan.

Klik untuk ke blog beliau : http://paklongwc.blogspot.com/2010/09/signboard-baru-untuk-pemandu-di.html



Berita Harian Online : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Laluansakaratulmautdipantau/Article/index_html

Apa-apa hal aku ucapkan berhati-hati ketika memandu. Patuhi arahan dari pihak berkuasa.

Selasa, Ogos 31, 2010

Keistimewaan Malam Lailatul Qadar



Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :

“Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran) pada malam al-Qadr dan apakah jalan yang menyebabkan engkau mengerti (kebesaran) lailatul qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan tuhan mereka (Allah), untuk setiap urusan. Sejahteralah malam ini hingga terbit fajar”.

Kebanyakan ulama’ Islam menegaskan bahawa kemungkinan berlakunya lailatul qadar adalah pada salah satu daripada malam kesepuluh terakhir sama ada malam ganjil ataupun malam genap.

Yang tetap berlakunya malam lailatul qadar adalah didalam pengetahuan Allah jua. Sesiapa sahaja yang beribadah di malam hari bulan ramadhan, jika kebetulan dengan malam lailatul qadar, maka dikurniakan ganjaran pahala melebihi ganjaran pahala yang dikurniakan kepada mereka yang beribadah selama seribu bulan atau selama 83 tahun 4 bulan berbanding dengan malam yang lain-lain.

Rasulullah s.a.w. sendiri amat bersungguh-sungguh menghidupkan sepuluh malam terakhir daripada bulan ramadhan bersama-sama ahli keluarganya dengna beribadah, bertadharu’, beristighfar dan bermunajat kehadrat Allah, memohon rahmat, keampunan dan keredhaanNya.

Walaupun Rasulullah s.a.w. seorang yang maksum, dijamin terpelihara daripada dosa dan noda bahkan dijamin syurga, namun baginda tetap berjaga malam untuk qiamullail, menahan diri daripada tidur kecuali untuk seketika sahaja. Orang yang tekun beribadah pada 10 malam yang terakhir daripada bulan ramadhan akan mendapat rahmat yang dijanjikan sama ada dapat atau tidak menemui apa-apa tanda. Kerana yang penting adalah sepertimana yang tersebut dalam hadis sohih riwayat Bukhari dan Muslim iaitu:

Menghayati malam tersebut dengan ibadah
Beriman dengan yakin bahawa malam lailatul qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah
Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmat dan keredhaanNya
Selain tanda-tanda tersebut, para alim ulama’ menyebut bahawa beberapa tanda-tanda lain bila berlaku malam lailatul qadar. Antaranya ialah :

Ada yang berkata orang yang menemui malam lailatul qadar akan melihat nur yang terang benderang disegenap tempat hingga keseluruhan ceruk yang gelap gelita
Ada pula menyatakan bahawa kedengaran ucapan salam dan kata-kata yang lain daripada malaikat
Ada juga yang melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud
Ada yang berkata doa permohonannya makbul
* Imam Tabari pula menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya seseorang itu dapat melihat atau mendengar kerana tidak disyaratkan melihat atau mendengar sesuatu untuk menemui malam lailatul qadar.

Segala puji bagi Allah atas berbagai macam nikmat yang Allah berikan. Shalawat dan salam atas suri tauladan kita Nabi Muhammad s.a.w kepada keluarganya dan para pengikutnya.

Bersemangatlah di Sepuluh Hari Terakhir Bulan Ramadhan

Para pembaca -yang semoga dimudahkan Allah untuk melakukan ketaatan-. Perlu diketahui bahwa sepertiga terakhir bulan Ramadhan adalah saat-saat yang penuh dengan kebaikan dan keutamaan serta pahala yang melimpah. Di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan. Oleh karena itu suri tauladan kita -Nabi Muhammad s.a.w dahulu bersungguh-sungguh untuk menghidupkan sepuluh hari terakhir tersebut dengan berbagai amalan melebihi waktu-waktu lainnya.

Sebagaimana isteri beliau -Ummul Mu’minin Aisyah radhiyallahu ‘anha- berkata :

“Rasulullah s.a.w sangat bersungguh-sungguh pada sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan, melebihi kesungguhan beliau di waktu yang lainnya.” (HR. Muslim)

Aisyah radhiyallahu ‘anha juga mengatakan :

“Apabila Nabi s.a.w memasuki sepuluh hari terakhir (bulan Ramadhan), beliau mengencangkan sarungnya (untuk menjauhi para istri beliau dari berjima’, pen), menghidupkan malam-malam tersebut dan membangunkan keluarganya.” (HR. Bukhari & Muslim)

Maka perhatikanlah apa yang dilakukan oleh suri tauladan kita! Lihatlah, Nabi s.a.w bukanlah malah mengisi hari-hari terakir Ramadhan dengan berbelanja di pusat-pusat perbelanjaan untuk persiapan lebaran (hari raya). Yang beliau lakukan adalah bersungguh-sungguh dalam melakukan ibadah seperti shalat, membaca Al Qur’an, dzikir, sedekah dan lain sebagainya. Renungkanlah hal ini!

Keutamaan Lailatul Qadar

Pada sepertiga terakhir dari bulan yang penuh berkah ini terdapat malam lailatul qadarlah Allah mensifatinya dengan malam yang penuh keberkahan. Allah Ta’ala berfirman :

“Sesungguhnya Kami menurunkannya (Al Qur’an) pada suatu malam yang diberkahi. dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.”

Malam yang diberkahi dalam ayat ini adalah malam lailatul qadar sebagaimana ditafsirkan pada surat Al Qadar. Allah Ta’ala berfirman :

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan.”

Keberkahan dan kemuliaan yang dimaksud disebutkan dalam ayat selanjutnya :

“Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.”

Perhatikanlah bahwa malam keberkahan tersebut adalah lailatul qadar. Dan Al Qur’an turun pada bulan Ramadhan sebagaimana firman Allah Ta’ala :


“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran.”

Bila Malam Lailatul Qadar Terjadi ?

Lailatul Qadar itu terjadi pada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan, sebagaimana sabda Nabi s.a.w :

“Carilah lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan.” (HR. Bukhari)

Terjadinya lailatul qadar di malam-malam ganjil itu lebih memungkinkan daripada malam-malam genap, sebagaimana sabda Nabi s.a.w :

“Carilah lailatul qadar di malam ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.” (HR. Bukhari)

Terjadinya lailatul qadar di tujuh malam terakhir bulan ramadhan itu lebih memungkinkan sebagaimana hadits dari Ibnu Umar bahwa Nabi s.a.w bersabda :

“Carilah lailatul qadar di sepuluh malam terakhir, namun jika ia ditimpa keletihan, maka janganlah ia dikalahkan pada tujuh malam yang tersisa.” (HR. Muslim)

Dan yang memilih pendapat bahwa lailatul qadar adalah malam kedua puluh tujuh sebagaimana ditegaskan oleh Ubay bin Ka’ab radhiyallahu ‘anhu. Namun pendapat yang paling kuat dari berbagai pendapat yang ada sebagaimana dikatakan Ibnu Hajar dalam Fathul Bari bahwa lailatul qadar itu terjadi pada malam ganjil dari sepuluh malam terakhir dan waktunya berpindah-pindah dari tahun ke tahun. Mungkin pada tahun tertentu terjadi pada malam kedua puluh tujuh atau mungkin juga pada tahun yang berikutnya terjadi pada malam kedua puluh lima tergantung kehendak dan hikmah Allah Ta’ala. Hal ini dikuatkan oleh sabda Rasulullah s.a.w :

“Carilah lailatul qadar di sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan pada sembilan, tujuh, dan lima malam yang tersisa.” (HR. Bukhari)

Hikmah Allah menyembunyikan pengetahuan tentang terjadinya malam lailatul qadar di antaranya adalah agar terbedakan antara orang yang sungguh-sungguh untuk mencari malam tersebut dengan orang yang malas. Karena orang yang benar-benar ingin mendapatkan sesuatu tentu akan bersungguh-sungguh dalam mencarinya. Hal ini juga sebagai rahmat Allah agar hamba memperbanyak amalan pada hari-hari tersebut dengan demikian mereka akan semakin bertambah dekat dengan-Nya dan akan memperoleh pahala yang amat banyak. Semoga Allah memudahkan kita memperoleh malam yang penuh keberkahan ini.

Do’a di Malam Lailatul Qadar

Sangat dianjurkan untuk memperbanyak do’a pada lailatul qadar, lebih-lebih do’a yang dianjurkan oleh suri tauladan kita -Nabi Muhammad s.a.w sebagaimana terdapat dalam hadits dari Aisyah. Beliau radhiyallahu ‘anha berkata,

“Katakan padaku wahai Rasulullah, apa pendapatmu, jika aku mengetahui suatu malam adalah lailatul qadar. Apa yang aku katakan di dalamnya?” Beliau menjawab, “Katakanlah: ‘Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anni’ (artinya ‘Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf lagi Maha Mulia yang menyukai permintaan maaf, maafkanlah aku).”

Tanda Malam Lailatul Qadar

Udara dan angin sekitar terasa tenang. Sebagaimana dari Ibnu Abbas, Rasulullah s.a.w bersabda :

“Lailatul qadar adalah malam yang penuh kelembutan, cerah, tidak begitu panas, juga tidak begitu dingin, pada pagi hari matahari bersinar lemah dan nampak kemerah-merahan.”


Malaikat menurunkan ketenangan sehingga manusia merasakan ketenangan tersebut dan merasakan kelezatan dalam beribadah, yang tidak didapatkan pada hari-hari yang lain
Manusia dapat melihat malam ini dalam mimpinya sebagaimana terjadi pada sebagian sahabat
Matahari akan terbit pada pagi harinya dalam keadaan jernih, tidak ada sinar

Dari Abi bin Ka’ab bahwa Rasulullah s.a.w bersabda yang ertinya :

“Subuh hari dari malam lailatul qadar matahari terbit tanpa sinar, seolah-olah mirip bejana hingga matahari itu naik.”

I’tikaf dan Pensyari’atannya

Dalam sepuluh hari terakhir ini, kaum muslimin dianjurkan (disunnahkan) untuk melakukan i’tikaf. Sebagaimana Abu Hurairah mengatakan bahwa Rasulullah s.a.w biasa beri’tikaf pada setiap Ramadhan selama 10 hari dan pada akhir hayat, beliau melakukan i’tikaf selama 20 hari.

Lalu apa yang dimaksud dengan i’tikaf? Dalam kitab Lisanul Arab, i’tikaf bermakna merutinkan (menjaga) sesuatu. Sehingga orang yang mengharuskan dirinya untuk berdiam di masjid dan mengerjakan ibadah di dalamya disebut mu’takifun atau ‘akifun.

Dan paling utama adalah beri’tikaf pada hari terakhir di bulan Ramadhan. Aisyah radhiyallahu ‘anha mengatakan bahwa Nabi s.a.w biasa beri’tikaf pada 10 hari terakhir di bulan Ramadhan sampai Allah ‘azza wa jalla mewafatkan beliau. )

Nabi s.a.w juga pernah beri’tikaf di 10 hari terakhir dari bulan Syawal sebagai qadha’ karena tidak beri’tikaf di bulan Ramadhan. (HR. Bukhari & Muslim)

Sumber :
http://ridzuan1706.wordpress.com/2009/09/11/keistimewaan-malam-lailatul-qadar/

Selamat Menyambut Kemerdekaan Ke 53



Selasa, Ogos 17, 2010

1Malaysia Menjana Transformasi

Sambutan Kemerdekaan Kali Ke 53
31 Ogos 2010



Lagi info :

http://www.malaysiamerdeka.gov.my/index_bm.php

Isnin, Mei 31, 2010

Setahun Sudah Berlalu

Catatan ini untuk kenangan kepada
Arwah Shamsuddin Mazlan
10.12.1985 - 31.5.2009

Gambar Tahun 1989

Setahun sudah berlalu, ingatan untukmu masih segar. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohmu.

Al Fatihah.

[Catatan dahulu]



Isnin, April 05, 2010

Din Beramboi


Buku Sawancara Din Beramboi - tulisan Mior Ahmad Fuad.


Aku tertarik kepada suatu catatan yang terdapat dalam satu blog. Nama Din Beramboi memang telah lama wujud bersama-sama komik Ujang. Catatan tersebut aku kira amat lengkap buat rujukan di masa hadapan.

Berikut adalah copy catatan tersebut :

Namanya deras mengingatkan ramai peminat terutama generasi yang membesar sekitar tahun 90-an terhadap watak kartun Din Beramboi dalam komik Ujang yang sangat popular satu ketika dahulu.

Dalam sedar atau tidak, pemilik nama Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, dengan pemilik watak kartun berkenaan adalah orang yang sama.

Sejak Isnin lalu, riuhnya bukan kepalang apatah lagi rakan taulan dan media menjadikan Facebook dan Twitter sebagai akses berkongsi perkembangan keadaan kesihatan Din dengan khalayak.

Berita lelaki bertubuh gempal itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang diburu peminat dan media.

Awalnya, virus kencing tikus dikatakan sebagai penyebab serangan organ dalamannya tidak berfungsi termasuklah buah pinggang. Hanya lewat Selasa lalu, dia disahkan diserang denggi berdarah atau Dengue Shock Syndrome.

Pengumuman dilakukan sendiri oleh Pengarah Hospital Selayang, Dr. Siti Zaleha Mohd Salleh.

Insan terdekat mendampinginya sepanjang proses pendaftaran di hospital, Sharifuddin Che Man (adik iparnya), berkongsi detik terakhir Din sebelum 'ditidurkan' sementara rawatan ke atas Din dimulakan.

"Dia (Din) membuat permintaan, katanya mahu naik ambulans dari Klinik Sentosa, Rawang ke Hospital Selayang. Semasa hendak diturunkan dari ambulans pula, sempat lagi dia melawak.

"Katanya, cara pemanduan pemandu ambulans itu sudah mencapai tahap antarabangsa, tapi peralatan di dalam van itu sudah seperti keranda.

"Kami sukar untuk buat pendaftaran masuk sebab Din hanya bawa surat rujukan doktor klinik untuk mendapatkan rawatan lanjut tanpa membawa dokumen diri," katanya sambil menggeleng kepala mengenangkan bicara terakhir daripada mulut Din.

Katanya, Din bukan koma sebaliknya diberikan ubat sedatif supaya badannya dapat berehat sementara rawatan diteruskan.

Sambil meluahkan rasa kesal dengan pelbagai khabar angin yang ditulis di Internet, Shariffudin menjelaskan pihak keluarga sendiri tidak dapat memastikan situasi sebenar Din sebelum keputusan rasmi dikeluarkan doktor.

Tambah Shariffudin: "Seluruh tubuhnya bengkak kebiruan semasa rawatan. Saya percaya dia dengar apa yang kami katakan kepadanya. Setiap pelawat yang datang berbicara dan memberikan kata-kata semangat buat Din."

Sejak Selasa lalu, ruang menunggu dan lobi hospital tidak henti-henti dikunjungi rakan artis serta peminat yang ingin tahu perkembangan Din.

Dalam kebimbangan dan penantian, semua tidak putus mendoakan kesejahteraan buat penghibur itu. Din Beramboi sebenarnya sangat disenangi dan disayangi oleh semua.

Sepanjang dalam ICU, Din tidak putus-putus dikunjungi kenalan, saudara jauh dan dekat bahkan ada peminat sanggup memandu dari jauh semata-mata untuk menjenguk Din.

Rakan artis seperti Aznil Nawawi, Afdlin Shauki, Nabil, Irma Hasmi, Zizan, Vanida Imran, Rashidi Ishak, Hans Isaac, Harith Iskandar, Harun Salim Bachik dan Zul Yahya menjadi pelawat Din.

Seorang rakan artis yang juga teman baiknya, Sharifah Shaheera antara yang menjadi penunggu setia tingkat lima hospital berkenaan sejak Din ditahan di situ.

"Saya sendiri sudah putus asa tetapi Din yang tidak berhenti berjuang. Pagi saya sudah tidak diganggu SMS merapu sejak Isnin lalu. Hidup saya kosong, saya menangis sampai tiada air mata.

"Banyak lagi rancangannya yang masih belum ditunaikan. Saya ingat lagi, Din berhasrat mahu sama-sama memeriahkan Anugerah Bintang Popular, Ahad ini.

"Katanya, dia mahu hadir bersama keluarga dan akan pakai kostum badut bertulis 'Undilah saya' sebab asyik-asyik muka sama yang menang.

KOLABORASI Din bersama Aznil Nawawi dilihat sebagai penceria pagi kepada seluruh pendengar Radio Era.

"Dia memang pelik, saya sendiri tidak dapat bezakan sama ada apa yang keluar daripada mulutnya itu betul atau tidak," kata Shaheera yang berkongsi zaman gelap bersama Din sejak bertemu dalam program Bila Larut Malam beberapa tahun lalu.

Pernah bersama Time Highway Radio (THR) selama lapan tahun sebelum bergelar pelawak dan kini dia bertugas secara hakiki sebagai penyampai radio Era, Din pernah meluahkan: "Saya lebih selesa digelar penghibur radio berbanding penyampai radio.

Din Beramboi percaya pendengar harus dihiburkan dengan celoteh dan jenaka.

Din ibarat bunga pagi oleh majoriti khalayak. Suaranya membuatkan rasa dekat walau yang meminjamkan telinga itu berada di ceruk mana sekali pun. Mendengar suaranya sahaja boleh mendatangkan ketawa, hati jadi tergeletek.

Ada yang dengan selamba melabelkan cara lawak Din sebagai lawak merapu, Din tidak pernah ambil peduli.

Din meninggal dunia pukul 12.30 pagi Jumaat lalu setelah dua hari bertarung nyawa. Doa buat Din, semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Sumber : http://shukrihuduh.blogspot.com/2010/04/bunga-pagi-din-beramboi.html

Selasa, Mac 30, 2010

Ayamas Food Corporation

Tunku Ismail Sultan Ibrahim merasmikan Kilang Ayamas Food Corporation sambil diperhatikan oleh Muhammad Ali Hashim (dua dari kiri) pada majlis perasmian kilang tersebut di Bandar Tenggara, Johor, semalam.
Kilang Ayamas Food Corporation Sdn. Bhd., di Bandar Tenggara, Johor yang beroperasi sejak akhir 2008 telah dirasmikan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam.
Kilang yang mampu memproses 45,000 ekor ayam sehari dengan kos pembinaan berjumlah RM32 juta itu merupakan kilang ketiga milik KFCHoldings (Malaysia) Bhd. (KFCH) selepas Pelabuhan Klang, Selangor dan Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Ia merupakan kilang termoden di rantau Asia Pasifik kerana cara penyembelihannya menggunakan kelongsong kon dalam menjamin kualiti dan status halal. Turut hadir pada majlis perasmian kilang itu ialah Pengerusi KFC Holding Malaysia, Tan Sri Muhammad Ali Hashim serta Pengarah Urusan KFCH, Jamaludin Md. Ali.
Sumber : Utusan Malaysia Online 30.3.2010

Khamis, Mac 25, 2010

Yanie Mentor Meninggal Dunia

Aku bukan arif dengan dunia hiburan. Umur sebegini bukan lagi masa untuk berhibur. Bila mana terlalu banyak berita kematian Yanie, ianya menarik perhatianku. Sama-sama kita sedekahkah Al-Fatihah kepada Allahyarham. Semoga ditempatkan di kalangan insan yang beriman dan diredhai Allah. Al-Fatihah.

Berikut blog yang aku baca berkaitan berita kematian Yanie :

MazidulAkmal

Best1of4

SyahrilKadir

Dalam blog yang aku baca ada link ke blog Yanie, walaupun kita dah terlambat tapi itulah benda yang 'hidup' peninggalan arwah.

Yanie

Rabu, Mac 10, 2010

Catatan Kawan Lama

Sungguh tak disangka dapat bertemu kembali dengan kawan-kawan lama. Bukan bertemu muka, bukan bertemu diblog ni, tapi bertemu di FACEBOOK. Amran Chik buka Group MPTI,JB BATCH 84-86 kat facebook.
Masing-masing upload gambar masa kat MPTI. Kenangan 24 tahun lalu menjelma kembali. Masing-masing dengan catatan tersendiri.
Siapa kata guru-guru lama tak mahir dengan komputer. Kami sentiasa mengikuti pengedaran zaman.
Mengikut catatan mereka, ada yang dah pergi Haji, ada yang jadi Pensyarah, ada kat JPN, PPD, ada yang jadi PK1, dan ada yang kat ASTRO,...
Aku... masih guru biasa, tak nak tukar lagi, aku ada cerita tersendiri, ‘Sekolah dibina berdekatan dengan rumah aku’. Biasanya orang nak sekolah dekat rumah, dan aku dah dapat.

http://www.facebook.com/?ref=home#!/group.php?gid=342750627849

Jumaat, Februari 26, 2010

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails